img-bg

Larkin Sentral

Tempah Tiket Bas Online

Larkin Sentral

INFORMASI AM

Larkin Sentral adalah terminal bas utama yang dibina di bandar Larkin. Lokasinya terletak berdekatan dengan pusat bandar. Terminal bas ini adalah yang terbesar di Johor Bahru dan merupakan tempat perlepasan dan ketibaan bas bagi banyak bas ekspres dari seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Mereka yang ke Larkin Sentral kebanyakannya menggunakan teksi, bas ekspres, perkhidmatan bas transit Singapura dan bas Causeway Link. Cara yang terbaik untuk ke Larkin Sentral adalah dengan menggunakan bas ekspres atau teksi.

KEMUDAHAN

Tingkat paling bawah di Larkin Sentral terletaknya kemudahan tempat makan termasuk Mc Donald dan Dunkin Donuts. KFC dan Pizza Hut terletak berdekatan dengan bangunan Larkin Sentral dan boleh sampai dengan berjalan kaki. Kaunter tiket bas dan mesin ATM juga terletak dibahagian paling bawah.

Kemudahan lain termasuk kaunter informasi, Pusat Kehilangan Bagasi, agen pelancongan, farmasi dan tandas. Terdapat juga pasar basah di bahagian paling kiri bangunan Larkin Sentral. Di tingkat dua pula terdapat tempat membeli-belah terbuka yang besar. Di tingkat 3 terdapat medan selera dan surau.

KAUNTER TIKET BAS

Kaunter tiket bas di Larkin Sentral terletak di bahagian belakang bangunan, berdekatan dengan kawasan teksi. Setiap pengusaha bas mempunyai kaunter sendiri. Sila dapatkan nombor platform dan nombor bas dari kaunter tiket. Pastikan anda menaiki bas yang betul kerana terdapat banyak bas di Larkin Sentral.

PUSAT PEMERIKSAAN IMIGRESEN

Penumpang boleh menaiki bas baru apabila konduktor bas berhenti di Pusat Pemeriksaan Imigresen di Malaysia dan Singapura. Di setiap Pusat Pemeriksaan Imigresen, penumpang perlu turun dari bas bersama semua bagasi dan barang milik penumpang untuk pemeriksaan imigresen. Sila pastikan pasport ada bersama untuk pemeriksaan. Setelah selesai, penumpang perlu menaiki bas semula. Bas bertolak selepas 15 minit.

PERKHIDMATAN TEKSI

Terdapat tempat menunggu teksi di Larkin Sentral berdekatan dengan kawasan kaunter tiket bas. Berhati-hati dengan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter semasa meletakkan harga tambang teksi. Teksi ini selalunya akan mengenakan harga yang lebih mahal dari teksi bermeter.

4.0