Pembayaran Melalui PayPal
Setelah anda memilih tempat duduk anda, anda perlu memilih kaedah pembayaran. Sila pilih PayPal seperti dalam gambar dan klik “ Teruskan kepada Pembayaran“.
Log masuk ke akaun Paypal anda atau daftar akaun baru.
Pilih kad anda atau isikan maklumat kad peribadi atau kad kredit anda kemudian klik butang “ Pay Now“. Selesai! Setelah berjaya membuat pembayaran, anda akan menerima pengesahan tempahan anda yang dihantar ke e-mel anda dalam masa 30 minit!
Nota: Di PayPal, terdapat beberapa jenis kad kredit yang diterima, termasuk Visa, Mastercard, American Express dan UnionPay (China)
Panduan Pembayaran Melalui AXS
Pergi ke Stesen AXS.
Di Kiosk AXS, pilih “Service” kemudian pilih “1-2-3”. Setelah anda sampai ke halaman “1-2-3 Service”, sila sentuh butang “Continue”.
Semak dan pastikan anda membayar bil yang betul. Pilih “DPay” dan pilih jenis akaun untuk meneruskan pembayaran menggunakan kad debit.
Setelah pembayaran diterima, simpan resit AXS sebagai bukti pembayaran.
Emel pengesahan tempahan akan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam setelah pembayaran diterima.
Jika anda tidak melihat e-mel dalam peti masuk anda, sila semak folder spam atau sampah anda.
Jika anda masih belum menerima e-mel selepas 30 minit, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel sales@busonlineticket.com
