Bus Online Booking
Tren ETS, KTM dan KLIA Ekspres

Tempah Tiket Tren Online


 Tiket Tren KLIA Ekspres, KTM & ETS Online

Tiket Tren KTM & ETS Online

Tren KTMBKTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) telah menyediakan perkhidmatan kereta api di Semenanjung Malaysia selama lebih beberapa dekad. Mereka menawarkan perjalanan antara bandar dan antara negeri yang selesa untuk penduduk tempatan dan pelancong di Malaysia. Perkhidmatan kereta api KTM dan ETS adalah antara perkhidmatan pengangkutan awam yang penting yang dikendalikan oleh KTMB Berhad.

Laluan ETS

Tren ETS menyediakan perjalanan jarak jauh dari bahagian selatan di Gemas, Johor Bahru hingga bahagian utara di Padang Besar, Perlis. Ia menghubungkan pelbagai negeri dan bandar-bandar popular di Semenanjung Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang.

Terdapat 3 jenis tiket tren ETS:

  • ETS Silver – berhenti di semua hentian, tempoh perjalanan lebih lama
  • ETS Gold – kurang berhenti berbanding ETS Silver
  • ETS Platinum – paling kurang berhenti, makanan ringan disediakan

Setiap jenis tiket mempunyai kelebihan masing-masing, pilihlah mana yang paling sesuai dengan anda.

Stesen Pertukaran Perkhidmatan ETS & KTM Train

Kereta api ETS menghubungkan bandar-bandar di bahagian barat Semenanjung Malaysia manakala kereta api KTM di sebelah Pantai Timur. Perkhidmatan kereta api ini bertemu di Gemas di mana anda boleh menukar dari perkhidmatan ETS ke perkhidmatan KTM dan sebaliknya. Stesen KTM Gemas adalah stesen yang menghubungkan laluan Pantai Barat dengan laluan Pantai Timur.

Perkhidmatan ETS dari KL

Perkhidmatan kereta api ETS dari Kuala Lumpur yang utama terletak di KL Sentral, salah satu hab pengangkutan awam yang penting di bandar ini. KL Sentral menghubungkan pelbagai pilihan pengangkutan seperti tren ETS, KLIA Ekspres, Monorel, LRT dan MRT dan bas RapidKL. Oleh itu, menuju ke KL Sentral untuk menaiki kereta api atau menuju ke destinasi seterusnya setelah anda sampai di KL Sentral adalah mudah dan senang.

Kemudahan dalam Perkhidmatan ETS Train

Sebagai salah satu mod pengangkutan yang selesa, tren ETS menawarkan pelbagai kemudahan untuk penumpang mereka bergantung pada jenis tren yang anda pilih. Selain daripada kemudahan asas seperti tandas dan ruang solat di dalam tren, penumpang juga boleh ke Bistro di salah satu koc tren untuk membeli makanan atau minuman.

Tren ETS juga mesra OKU. Terdapat ruang untuk kerusi roda dan anda juga boleh menemui tandas untuk orang kurang upaya di dalam tren.

Tiket Keretapi Ekspres KLIA Secara Dalam Talian

KLIA Ekspres trainExpress Rail Link Sdn Bhd, yang juga dikenali sebagai ERL adalah syarikat yang menguruskan perkhidmatan tren lapangan terbang termasuk KLIA Ekspres (KLIA Express) dan KLIA Transit. Mengambil perkhidmatan tren KLIA Ekpres menawarkan cara terpantas untuk perjalanan dari dan ke KLIA dan KLIA2 dari pusat bandar Kuala Lumpur. Manakala, tren KLIA Transit mempunyai lebih banyak perhentian di sepanjang perjalanan seperti di TBS, Putrajaya dan Salak Tinggi. Perkhidmatan yang paling popular ialah perkhidmatan kereta api KLIA Express ke KLIA2 dari KL Sentral.

Di BusOnlineTicket.com, anda dapat menikmati kemudahan tempahan tiket tren online untuk tiket KLIA Express pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Tiket yang dibeli secara online di laman web kami membolehkan anda menaiki tren pada bila-bila masa pada tarikh keberangkatan yang ditempah. BusOnlineTicket.com juga menawarkan tempahan tiket kanak-kanak.

KLIA Express Outer View
KLIA Express Inner View

KLIA Express adalah cara terpantas untuk sampai ke lapangan terbang dari bandar Kuala Lumpur.

Dari KL Sentral, tren KLIA Express mengambil masa sekitar 28 minit ke KLIA dan 33 minit ke KLIA2. Tren ke KLIA dan KLIA2 berlepas dari KL Sentral dan bergerak tanpa henti ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tren akan berhenti di KLIA terlebih dahulu sebelum pergi ke KLIA2. Jarak antara kedua-dua lapangan terbang ini hanyalah lebih kurang 2.5 km.

Selain dari perjalanan tanpa henti pada kelajuan tinggi, menaiki kereta api ekspres juga lebih efisien kerana anda dapat mengelakkan trafik sesak yang biasa di bandaraya Kuala Lumpur. Oleh itu, mengambil kereta api KLIA Express adalah cara yang paling disyorkan untuk perjalanan dari dan ke KLIA dan KLIA2.

Kemudahan Keretapi Ekspres KLIA

Perjalanan dengan KLIA Express menjamin pengalaman terbaik kerana tren KLIA Express mempunyai penghawa dingin dan penumpang dapat menikmati Wi-Fi 4G percuma semasa dalam perjalanan. Sementara menunggu untuk tren sampai ke destinasi, anda boleh melayari internet untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai lokasi percutian anda atau menyelesaikan beberapa urusan kerja. Selain itu, tren KLIA Express adalah mesra orang kurang upaya dan tandas juga boleh didapati di dalam tren.

Untuk menambah keselesaan para penumpang, pihak pengurusan KLIA Express menawarkan perkhidmatan porter yang mesra dan boleh dipercayai yang akan membantu anda memasukkan dan menurunkan bagasi anda secara percuma di platform. Selain itu, penumpang yang ingin ke KLIA atau KLIA2 dengan KLIA Ekspres untuk menaiki kapal terbang boleh mendaftar masuk di KL Sentral. Perkhidmatan daftar masuk penerbangan ini adalah untuk penumpang yang terbang dengan Malaysia Airlines, Cathay Pacific Airways / Cathay Dragon dan Malindo Air.

Tempah Tiket Keretapi Dalam Talian!

Anda boleh menempah tiket KLIA Ekpress, KTM dan ETS online di BusOnlineTicket.com sebelum anda berlepas. Tidak perlu bersusah payah, rancang perjalanan anda dan tempah tiket anda lebih awal secara online. Tempahan adalah cepat dan anda akan menerima pengesahan tempahan setelah pembayaran berjaya diterima.