Bas Ekspres Dari Kuala Lumpur ke Muar dan Pontian
Mayang Sari Express adalah salah satu syarikat bas utama di Semenanjung Malaysia yang dikendalikan oleh Aerosystem Tour & Travel Sdn Bhd. Ia mula beroperasi pada tahun 1993 dengan hanya dua bas sahaja dan bilangannya semakin meningkat. Sekarang, Mayang Sari memiliki lebih dari 100 bas.
Perkhidmatan & Reputasi Bas Ekspres Mayang Sari
Syarikat bas Mayang Sari terletak di Muar, Johor. Terdapat banyak bas ekspres yang disediakan untuk perjalanan pergi dan balik dari Johor ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia seperti Melaka dan Pulau Pinang.
Dengan kerjasama antara Mayang Sari dan BusOnlineTicket.com, tempahan secara online untuk tiket bas Mayang Sari dari Kuala Lumpur ke Muar dan dari Kuala Lumpur ke Pontian kini boleh didapati di portal kami. Tempat berlepas dan tempat ketibaan bas di Kuala Lumpur terletak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), yang terletak di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Di Muar pula, tempat berlepas dan ketibaan bas adalah di Perhentian Bas Ekspres Bentayan Muar. Manakala di Pontian, penumpang boleh menaiki bas dan turun di Stesen Bas Pontian.
Mayang Sari Express menyediakan perjalanan yang banyak setiap hari bagi memenuhi permintaan penumpang. Oleh itu, penumpang boleh memilih masa yang sesuai dengan jadual mereka. Bas Mayang Sari mempunyai 30 tempat duduk yang diatur dalam susunan tempat duduk “2 + 1” yang selesa. Para penumpang akan dapat menikmati perjalanan bas dengan selesa.
Alamat Mayang Sari Express
Ibu Pejabat
Aerosystem Tour & Travel Sdn Bhd
Mayang Sari Ekspress 205264-D
No 1-7 Simpang, Kg Tengah,
Sungai Abong 84000,
Muar, Johor Darul
Takzim.
No. Tel: +603-7728 4789 / 06-9850284 (Waktu pejabat sahaja) / 012-6580343 (24 jam)
No. Faks: N/A
Tempah Tiket Bas Mayang Sari Online
Dengan BusOnlineTicket.com, tempahan dalam talian untuk tiket bas Mayang Sari dari Kuala Lumpur ke Muar dan dari Kuala Lumpur ke Pontian kini tersedia di portal kami. Dapatkan tiket bas Mayang Sari dengan mudah di BusOnlineTicket.com.