KKKL Express

Bahagian Luar KKKL Express
Bahagian Dalam KKKL Express

Tempah Tiket Bas KKKL Express Online

KKKL Express bermula hanya dengan satu unit bas ekspres yang mempunyai 44 tempat duduk dan beberapa unit bas kilang. Kini, KKKL adalah salah satu daripada syarikat pengangkutan bas ekspres yang terkenal dan terbesar di Malaysia. Setelah beberapa tahun berada di dalam industri ini, KKKL kini mempunyai lebih dari 100 unit bas ekspres termasuklah bas ekspres Super VIP, bas eksekutif dua tingkat dan bas ekspres dua tingkat.

KKKL Express menawarkan pelbagai perkhidmatan laluan perjalanan di Malaysia. Destinasi dan laluan utama KKKL termasuklah Singapura, Hatyai, Thailand dan kebanyakan bandar utama di Semenanjung Malaysia seperti Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Beberapa laluan yang sangat popular yang ditawarkan oleh KKKL adalah perjalanan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Melaka, Kuala Lumpur ke Johor Bahru, dan Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Orang ramai selalu beratur panjang di kaunter tiket untuk membeli tiket bagi laluan-laluan ini, maka para penumpang dinasihatkan supaya menempah tiket online untuk mengelakkan kesulitan dan dapat menempah tempat duduk dengan lebih awal.

KKKL kini mempunyai lebih dari dua ratus pemandu bas yang terlatih dan berpengalaman untuk memberikan perkhidmatan bas yang dijamin selamat dan selesa. Tambahan lagi, bagi memastikan para penumpang berpuas hati dengan perkhidmatan merea, pihak pengurusan KKKL yang berdedikasi telah menyediakan khidmat pelanggan dengan kualiti yang terbaik. Berbekalkan pengalaman selama lebih tiga puluh tahun dengan reputasi perkhidmatan yang cemerlang di dalam industri bas, KKKL yakin untuk terus memberikan kualiti yang dipercayai dan terbaik untuk para penumpang sepanjang perjalanan mereka.

Alamat Pejabat KKKL Express Sdn Bhd

Johor Bahru
Kaunter 1,
Terminal Awam Larkin, Jalan Garuda,
80350 Larkin, Johor Bahru
No Tel: +607 – 227 4515
No Fax: N/A
Kuala Lumpur (TBS)
Kaunter Khidmat Pelanggan di Aras 4
Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur
No Tel: +603-90589799
No Fax: N/A
Melaka
Kaunter 4
Terminal Bas & Teksi, Melaka Sentral,
Peringgit, 75400 Melaka
No Tel: +606 – 288 1399
No Fax: N/A
Singapura
#01-09, 200 Jalan Sultan,
Textile Centre, Singapore
No Tel: +65-62948909
No Fax: N/A
 

KKKL Express Jadual & Tiket

Cari

g/js/select_operator_wpTrips.js?v0.4.0">