Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Taman Negara dan Tambang Bas
Bas dari Kuala Lumpur ke Taman Negara
Tambang Paling Murah | RM 95.00 |
Jarak | 239 km |
Anggaran Masa | 3 hrs 50 min |
Bil. Pengusaha Bas | 2 operators |
Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Taman Negara
Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Taman Negara
Bas dari KL ke Taman Negara adalah satu-satunya pengangkutan awam yang ada untuk perjalanan dari KL ke Taman Negara yang terletak di Kuala Tahan. Perkhidmatan bas dari KL ke Taman Negara mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama mengambil masa dalam 5.5 jam menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Tembeling. Bahagian kedua mengambil masa dalam 3 jam menaiki bot dari Kuala Tembeling ke Taman Negara.
Taman Negara adalah syurga bagi pencinta alam. Setiap tahun, beribu pengunjung datang ke Taman Negara untuk melihat alam semula jadi pada musim bukan monsun di pertengahan tahun.
Pengusaha Bas, Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas dan Perhentian
Hans Travel dan NKS adalah dua syarikat popular yang beroperasi untuk perkhidmatan bas dari KL ke Taman Negara. Mereka menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Taman Negara setiap hari. Kedua-dua pengusaha bas ini mempunyai bas yang bertolak dari Kuala Lumpur Jalan Sultan di Chinatown. Bas Hans Travel juga ada bertolak dari Kompleks Selangor. Bas NKS pula bertolak dari Hotel Mandarin Pacific, Jalan Sultan.
Anggaran keseluruhan perjalanan adalah seperti berikut. Kesuluruhan perjalanan dianggarkan mengambil masa dalam 8.5 jam, bergantung kepada keadaan trafik.
8:30am
Bertolak dari Kuala Lumpur ke Jerantut, kemudian pindah ke kenderaan lain untuk ke Jeti Kuala Tembeling
1:30pm
Dijangka tiba di Jeti Kuala Tembeling
Bot mula bergerak dari Jeti Kuala Tembeling ke Kuala Tahan (Taman Negara)
5:00pm
Dijangkan tiba di Jeti Kuala Tahan (Taman Negara)
Tambang bagi bas dan bot adalah termasuk dalam harga tiket bas sekitar RM 80.00, bergantung kepada jenama bas yang dipilih. Kebiasaannya, penumpang akan membeli tiket pergi balik dari KL ke Taman Negara dan dari Taman Negara ke KL.
BusOnlineTicket.com menerima pembayaran secara offline di 7-Eleven (hanya untuk kawasan Lembah Klang) selain daripada pembayaran biasa melalui kad kredit. Ini memudahkan mereka yang ingin beli tiket bas dari KL ke Taman Negara secara online tanpa kad kredit dan perbankan internet.
Penumpang boleh beli tiket bas online dari KL ke Taman Negara di BusOnlineTicket.com untuk dapatkan tempat duduk terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran secara tunai dalam tempoh 24 jam di mana-mana cawangan 7-Eleven di Lembah Klang.