Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Muar dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
City Express 06:45 19:30 9 M T W T F S S  RM 16.70
KKKL Express (Terus Nanti) 11:30 20:30 4 M T W T F S S  RM 17.00
Mayang Sari Express 07:00 20:00 11 M T W T F S S  RM 16.70
Bas dari Johor Bahru ke Muar
Tambang Paling MurahRM 16.70
Jarak169 km
Anggaran Masa2 hr 53 min
Bil. Pengusaha Bas3 operators

Pengusaha Bas Popular dari Johor Bahru ke Muar

Panduan Bas dari Johor Bahru ke Muar

Bas dari Johor Bahru ke Muar

Bas dari Johor Bahru ke Muar adalah antara perkhidmatan bas utama di Terminal Bas JB Larkin kerana terdapat permintaan perkhidmatan bas yang sangat tinggi antara kedua-dua bandar ini. Penumpang kerap berulang-alik dari Johor Bahru ke Muar atas pelbagai tujuan.

Pengusaha Bas yang Menyediakan Bas dari Johor Bahru ke Muar

KKKL dan Mayang Sari adalah dua pemain utama yang mengoperasi bas dari Johor ke Muar. Bukan setakat itu, malah KKKL dan Mayang Sari adalah jenama bas yang terkenal di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Mereka menyediakan perkhidmatan ke banyak lagi laluan popular seperti Johor Bahru ke KL dan Johor Bahru ke Melaka.

Mereka mempunyai pasukan yang kuat dalam menjalankan operasi dengan cara yang sangat baik. Kakitangan kaunter yang sopan dan berinformasi memberikan perkhidmatan yang terbaik semasa pembelian tiket dan daftar masuk. Tambahan lagi, pemandu bas mereka berpengalaman dan mengutamakan keselamatan semasa membawa penumpang ke destinasi mereka dengan selamat dan menepati waktu.

Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas dan Tempat Ketibaan

Tempoh perjalanan bas dari Johor Bahru ke Muar mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kebiasaannya, bas akan bergerak terus ke Muar tanpa berhenti di sepanjang lebuh raya melainkan terdapat permintaan ke tandas daripada penumpang.

Harga tiket bas dari Johor Bahru ke Muar adalah dalam RM 16.70. Semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya, harga tiket bas mungkin akan meningkat sedikit.

Kesemua bas dari Johor Bahru ke Muar berhenti di Terminal Bas Muar, juga dikenali sebagai Stesen Bas Bentayan. Stesen bas ini terletak betul-betul di tengah bandar bagi memudahkan penumpang untuk ke bergerak ke kawasan Muar yang lain.

Walaupun terdapat jadual perjalanan bas bagi bas dari Johor Bahru ke Muar yang kerap oleh KKKL dan Mayang Sari, penumpang dinasihatkan untuk tidak membeli tiket bas di kaunter pada saat-saat terakhir. Tiket mungkin telah habis dijual untuk jadual bertolak yang seterusnya.

Bagi mengelak masa menunggu yang panjang di Terminal Larkin, penumpang boleh menempah tiket bas lebih awal di BusOnlineTicket.com. Tempahan anda akan serta merta disahkan setelah pembayaran berjaya direkodkan dalam sistem kami.