Cara Mendapatkan Kod QR untuk Menaiki Bas di Terminal

Langkah 1 – Cari Trip

Pilih tempat bertolak dan destinasi anda seperti biasa.

Tips: Tidak semua perjalanan mempunyai pilihan untuk mendapatkan Kod QR secara online. Cari trip yang mempunyai ikon Kod QR.

Langkah 2 – Tandakan untuk Dapatkan Kod QR

Isikan butiran anda. Tandakan pada kotak pilihan untuk mendapatkan Kod QR.

Langkah 3 – Buat Bayaran

Anda akan melihat cas bayaran untuk Kod QR dalam Ringkasan Pembayaran.

* Sila maklum bahawa bayaran tersebut dikutip sepenuhnya bagi pihak terminal untuk menaiki bas.

Langkah 4 – Semak E-mel untuk Pengesahan Tempahan & Kod QR

Kami akan menghantar Pengesahan Tempahan dengan Kod QR dalam PDF ke e-mel yang anda gunakan untuk membuat tempahan anda. Muat turun PDF.

Langkah 5 – Sedia Untuk Berlepas

Pergi ke terminal dan imbas kod QR untuk memasuki Balai Berlepas di terminal.