img-bg

LA Holidays

Tempah Tiket Bas Online

LA Holidays Bus
LA Holidays Bus
Penarafan : (1628 undi)

LA Holidays adalah syarikat bas ekspres yang baru yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Perkhidmatan & Reputasi Bas Ekspres LA Holidays

Syarikat ini melabur untuk bas baru dibawah jenama sendiri yang lengkap dengan perkhidmatan Wi-Fi dan tempat pengecas di setiap tempat duduk. Tempat pengecas USB disediakan untuk memastikan para penumpang mendapat akses kepada bekalan kuasa. Hal ini berguna terutamanya kepada pengembara bisnes yang memerlukan bekalan kuasa untuk telefon bimbit dan komputer riba mereka.

LA Holidays menyediakan perkhidmatan bas ekspres dengan jenama tersendiri antara Kuala Lumpur dan Kuantan. Mereka menyediakan 9 perlepasan harian dari KL TBS ke Kuantan dan dari Kuantan ke KL TBS. Selain daripada perkhidmatan bas ekspres antara Kuala Lumpur dan Kuantan, LA Holidays sedang mempersiapkan pelancaran untuk beberapa lagi perkhidmatan bas pada bulan-bulan yang akan datang.

Selain perkhidmatan bas ekspres dengan jenama yang tersendiri, LA Holidays juga adalah rakan kongsi KKKL yang menyediakan perjalanan bas dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuala Lumpur ke Johor, Genting Highland ke Singapura, Genting Highland ke Johor.

LA Holidays berazam untuk mencapai tahap pengeluaran yang lebih tinggi untuk memenuhi kepuasan para pelanggan dan berjanji untuk memberikan perkhidmatan dengan kualiti yang terbaik dan tambang yang berpatutan. Dengan rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang dalam menguruskan laluan KKKL dari KL ke Singapura, para penumpang selesa mengambil perkhidmatan bas ini untuk menuju ke destinasi mereka.

Alamat LA Holidays

Ibu Pejabat
Lot 808, Tingkat 8,
Kompleks Selangor, Jalan Sultan,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: +603-20781899

Tempah Tiket Bas LA Holidays Online

Dengan menyertai BusOnlineTicket.com, tiket bas LA Holidays kini boleh didapati secara online.

Tempah Tiket