img-bg

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Tempah Tiket Bas Online

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Plaform Ketibaan Bas di TBS

Lokasi: Kuala Lumpur

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) adalah salah satu terminal bas ekspres utama di Kuala Lumpur selain daripada Hentian Duta dan Terminal Bas Pekeliling. Terminal Bas Bersepadu Selatan TBS lebih menyerupai lapangan terbang yang canggih daripada stesen bas. Di TBS, pengunjung boleh berjalan-jalan di terminal untuk melihat pelbagai kedai, membeli-belah serta menikmati pelbagai pilihan makanan serta minuman sementara menunggu bas.

Di manakah TBS?

Lokasi TBS terletak di Bandar Tasik Selatan (BTS), sekitar 10km dari pusat bandar. Lihat di Google Map »

Tiket Bas TBS Online

Tiket bas TBS boleh dibeli secara online di BusOnlineTicket.com. Kami bekerjasama dengan pelbagai syarikat bas untuk menyediakan portal tempahan online yang paling komprehensif untuk pelanggan kami. Anda boleh menempah tiket bas yang berlepas dari TBS, Kuala Lumpur dan banyak lagi lokasi atau terminal bas lain di laman web kami. Semak jadual bas dan bandingkan harga untuk pelbagai laluan di Malaysia dan Singapura dengan mudah secara online.

Berikut adalah beberapa bas tiket online TBS yang popular:

Lihat jadual tiket bas online »

Bas Popular di TBS

Cara Pergi ke Stesen Bas TBS?

Anda boleh sampai ke TBS dengan menaiki LRT, KTM Komuter, KLIA Transit, bas RapidKL dan teksi.

Dibuka pada tahun 2011, Terminal Bersepadu Selatan TBS pada mulanya khusus untuk penumpang yang menuju ke selatan seperti Johor Bahru, Melaka, Singapura, dan Mersing. Sekarang, TBS adalah terminal bas paling utama di KL, memberi perkhidmatan untuk penumpang yang ingin ke utara, selatan dan Pantai Timur. Terdapat pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan penumpang ke TBS.

✔️ Cara ke TBS Naik LRT

Stesen bas TBS dihubungkan melalui LRT Laluan Sri Petaling.

  1. Pilih laluan LRT yang menuju dan berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan (SP15).
  2. Sebaik sahaja anda keluar dari stesen LRT, sila ke kiri anda dan teruskan berjalan sehingga anda melihat bangunan TBS yang besar di hadapan anda di seberang jalan.
  3. Naik tangga / lif untuk naik ke tingkat paling atas dan lalui jambatan untuk sampai ke bangunan terminal.
LRT bermaksud Light Rail Transit dan merupakan salah satu mod pengangkutan awam utama untuk masyarakat tempatan di bandar Kuala Lumpur kerana tambangnya yang murah.

✔️ Cara ke TBS Naik KTM Komuter

KTM Komuter mungkin lebih perlahan daripada LRT tetapi perkhidmatan KTM boleh pergi jauh dan meliputi kawasan yang lebih luas.

  1. Pilih laluan KTM yang menuju dan berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan.
  2. Sebaik sahaja anda keluar dari stesen KTM, sila ke kiri anda dan teruskan berjalan sehingga anda melihat bangunan TBS yang besar di hadapan anda di seberang jalan.
  3. Naik tangga / lif untuk naik ke tingkat paling atas dan lalui jambatan untuk sampai ke bangunan terminal.
KTM bermaksud Keretapi Tanah Melayu dan KTM Komuter adalah salah satu perkhidmatan kereta api yang disediakan oleh KTMB. KTM Komuter melakukan perjalanan melalui pelbagai lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

✔️ Cara ke TBS Naik KLIA Transit?

KLIA Transit menghubungkan TBS ke KLIA dan KLIA2. Selain itu, anda juga boleh pergi ke TBS dari KL Sentral, Putrajaya atau Salak Tinggi melalui KLIA Transit.

  1. Pilih laluan tren yang menuju dan berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan.
  2. Sebaik sahaja anda keluar dari stesen ERL, sila ke kiri anda dan teruskan berjalan sehingga anda melihat bangunan TBS yang besar di hadapan anda di seberang jalan.
  3. Naik tangga / lif untuk naik dan berjalan melalui jambatan untuk sampai ke bangunan terminal.
KLIA Transit adalah sebahagian daripada perkhidmatan tren yang disediakan oleh Express Rail Link (ERL) Sdn Bhd. Perkhidmatan tren ini kebiasaannya cepat dan menepati waktu.

Perlepasan dan Ketibaan di TBS

Terdapat banyak papan tanda yang jelas untuk penumpang mencari keperluan mereka dengan mudah di Terminal Bersepadu Selatan. Tambahan lagi, semua perlepasan dan ketibaan bas disenaraikan dengan jelas di skrin LCD di banyak kawasan untuk kemudahan penumpang.

Membeli tiket sangat mudah dengan sistem tiket berpusat di TBS. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket TBS atau dalam talian di BusOnlineTicket.com.

Bagi mereka yang menempah tiket online TBS, anda boleh tiba di Terminal Bersepadu Selatan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum berlepas untuk daftar masuk di kaunter khas. Membuat tempahan tiket bas online boleh mengurangkan masa menunggu untuk jadual bas yang tersedia, jadi rancang perjalanan anda lebih awal dan tempah tiket bas online dengan kami.

Kemudahan di TBS Terminal Bersepadu Selatan

Di TBS, terdapat mesin ATM, kaunter bagasi, tandas dan bilik penjagaan bayi. Anda juga boleh menemui pelbagai kedai seperti kedai serbaneka di terminal untuk membekalkan anda dengan pelbagai keperluan. Selain itu, terdapat banyak restoran serta gerai makanan di TBS untuk penumpang mengisi perut sebelum memulakan perjalanan atau selepas tiba di TBS.

Mengapa Tempah Tiket Bas TBS Online di BusOnlineTicket.com?

  • Tempahan tanpa perlu log masuk
  • Dapat mata kesetiaan & tebus diskaun
  • Pelbagai cara pembayaran yang selamat
  • Portal tempahan online yang paling dipercayai
  • Hingga 200 pilihan syarikat bas
  • Lebih daripada 8,000 laluan

Soalan Lazim

Di mana saya boleh beli tiket bas ke TBS atau dari TBS?

Anda boleh membeli tiket bas TBS di kaunter tiket TBS di Kuala Lumpur. Cara yang lebih mudah adalah menempah tiket online TBS di BusOnlineTicket.com atau melalui aplikasi mudah alih BusOnlineTicket.

Adakah saya perlu mendaftar untuk menempah tiket TBS dalam talian?

Tidak. Tetapi anda digalakkan untuk mendaftar dengan BusOnlineTicket.com untuk memperoleh mata kesetiaan BOT Miles dan menebus potongan harga untuk tempahan akan datang. Ahli juga dapat menikmati faedah BOT GoFlexi dan banyak promosi eksklusif yang lain.

Syarikat bas mana yang tersedia untuk tempahan online?

Kami mempunyai sehingga 200 syarikat bas yang tersedia untuk tempahan online. Anda boleh menyemak senarai penuh syarikat bas di laman web kami.

Laluan bas yang tersedia untuk tempahan online?

Kami mempunyai lebih daripada 8,000 laluan yang tersedia untuk tempahan tiket bas Malaysia termasuk bas antara Malaysia dan Singapura dan bas antara Malaysia dan Thailand.

Bagaimanakah cara pergi dari TBS ke KL Sentral?

Terdapat pelbagai cara untuk pergi dari TBS ke KL Sentral. Orang ramai lebih gemar menaiki LRT kerana tambangnya lebih murah. Anda boleh menaiki LRT dari stesen LRT Tasik Selatan ke LRT Masjid Jamek dan tukar ke Laluan Kelana Jaya. Jarak dari LRT Masjid Jamek ke LRT KL Sentral hanya selang dua stesen sahaja. Ketahui lebih lanjut di laman web kami.

Adakah harga tiket yang ditawarkan di BusOnlineTicket.com sama dengan kaunter?

Hampir kesemua harga tiket yang terdapat di laman web kami sama dengan kaunter. Walau bagaimanapun, kami mengenakan jumlah minimum kos pemprosesan, walaupun dalam kebanyakan kes, kos pemprosesan akan didiskaunkan bergantung kepada syarikat bas yang anda pilih.

Terminal Lain di Malaysia