TBS – Maklumat dan Panduan Terminal Bas Bersepadu Selatan
Sejak pembukaannya pada 1 Januari 2011, pihak berkuasa di Malaysia telah menyusun semula industri bas untuk mengumpul semua bas yang menuju ke selatan Malaysia untuk bertolak dari TBS. Objektif utama adalah untuk meringankan kesesakan lalu lintas di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur dengan mengalihkan perkhidmatan bas ekspres yang keluar dari situ.
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terdiri daripada 6 tingkat:
- Tingkat 1 – Terminal bas
- Tingkat 2 – Platform Perlepasan dan Ketibaan
- Tingkat 3 – Lobi penumpang, kaunter tiket dan kedai di tempat berkumpul
- Tingkat 4 – Restoran dan kedai runcit
- Tingkat 5 & 6 – Tempat letak kereta
Pengangkutan ke TBS dan dari TBS:
- LRT
- KTM
- ERL
- RapidKL
- Teksi
Bagaimanakah cara untuk pergi ke TBS?
Setelah beberapa tahun TBS beroperasi, trafik di pusat bandar Kuala Lumpur telah bertambah baik. Hal itu kerana TBS boleh dihubungkan melalui LRT Stesen Bandar Tasik Selatan yang membolehkan penumpang lebih mudah untuk ke TBS. Selain dari teksi, anda juga boleh Stesen Bandar Tasik Selatan menggunakan Express Rail Link (ERL), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan LRT, di mana ia pergi ke destinasi yang berbeza di Bandar Kuala Lumpur.
Bagaimanakah cara untuk pergi ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dari TBS?
Walaupun terdapat teksi di TBS yang pergi ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, harga tambang teksi adalah tinggi untuk sesetengah penumpang. Perkhidmatan alternatif adalah LRT dari TBS ke Pusat Bandar Kuala Lumpur. Sesetengah orang tidak berani untuk naik LRT kerana tidak biasa dengan kenderaan awam di Kuala Lumpur lebih-lebih lagi jika mereka perlu menukar laluan di stesen LRT lain.
Di sini kami kongsikan pengalaman dan tips bersama panduan bergambar untuk ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan dari TBS:
- Setelah bas tiba di platform ketibaan, sila ambil eskalator ke atas untuk masuk ke terminal bas
- Setelah tiba di hujung eskalator, anda akan tiba di pintu masuk ke Stesen TBS
- Papan tanda pertama selepas anda masuk ke bangunan TBS akan menunjukkan bahawa anda berada di Tingkat 3 TBS.
Seperti yang anda lihat di papan tanda, anda perlu ke kanan untuk pergi ke Stesen Transit (Stesen LRT dan Stesen Keretapi KLIA Transit). - Anda akan melihat Kedai Runcit Point di sebelah kanan anda. Masuk ke kanan selepas kedai runcit Point (Kedai yang berwarna oren di sebelah kanan)
- Selepas ke kanan, anda akan melihat jambatan yang menghubungkan bangunan TBS ke stesen LRT dan stesen tren ERL (anda akan melihat kedai runcit Point di sebelah kanan)
- Jalan sehingga ke hujung jambatan, anda akan melihat lif dan tangga untuk ke bawah. Kedua-duanya akan ke tingkat 2, di mana anda boleh pergi ke stesen transit ERL, stesen KTM dan stesen LRT.
- Turun dari lif atau tangga, anda akan melihat papan tanda seperti berikut.
KLIA Transit (ERL) pergi ke lapangan terbang KLIA & KLIA2, jadi anda perlu teruskan perjalanan untuk mengambil LRT
Nota: LRT adalah di bawah pengurusan RapidKL. Jadi anda perlu mengenal pasti tanda untuk perkhidmatan LRT - Di hujung jambatan berhubung ini, anda akan melihat tanda RapidKL yang lain. Anda sudah hampir ke stesen LRT.
- Anda hanya perlu berjalan sedikit ke hadapan, anda akan melihat stesen LRT, mesin tiket dan papan tanda untuk warna kod LRT KL. Ini adalah Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.
- Sila beli tiket di mesin tiket. Anda boleh pergi ke destinasi anda berdasarkan peta stesen ini.
“Anda sekarang di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan (garisan kuning di belah kanan bawah).”Untuk ke Bukit Bintang: Sila tukar LRT di Stesen Hang Tuah (garisan hijau), seterusnya pergi ke Imbi atau Bukit Bintang. Dua-dua stesen ada di Bukit Bintang.Untuk ke Chinatown: Anda perlu menghala ke Stesen Plaza Rakyat (garisan kuning). Stesen ini adalah di sebelah Chinatown.