Bas dari Kuala Lumpur ke Penang

Eksklusif untuk Ahli Baru! Guna Kod: BOTNEW dan nikmati Tawaran 50%* untuk tempahan pertama. Tertakluk T&S.
Mencari bas dari KL ke Penang Sentral? Semak trip »

Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Penang dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Alisan Golden Coach 21:30 23:30 9 M T W T F S S  RM 65.00
Alya Express 01:30 23:59 16 M T W T F S S  RM 39.00
Billion Stars 00:30 23:59 27 M T W T F S S  RM 45.00
Etika Express 08:30 23:59 14 M T W T F S S  RM 45.00
KKKL Express (Terus Nanti) 00:30 23:45 10 M T W T F S S  RM 39.00
KPB Ekspress 00:30 17:30 8 M T W T F S S  RM 40.00
LA Holidays 23:59 23:59 1 M T W T F S S  RM 43.00
Lexojaya Express 11:30 18:45 3 M T W T F S S  RM 41.00
Plusliner 08:45 23:59 23 M T W T F S S  RM 41.00
Super Nice Express 09:45 20:15 7 M T W T F S S  RM 42.00
TRA Express 00:30 23:59 7 M T W T F S S  RM 50.00
Bas dari Kuala Lumpur ke Penang
Tambang Paling MurahRM 39.00
Jarak361 km
Anggaran Masa5 jam
Bil. Pengusaha Bas11 operators

Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang

Bas dari KL ke Pulau Pinang

Bas dari KL ke Pulau Pinang adalah antara laluan yang paling terkenal di Malaysia. Perkhidmatan bas bukan sahaja disediakan untuk warga tempatan tetapi juga pelancong asing kerana terdapat beribu pelancong asing yang gemar menuju kedua-dua negeri ini untuk bercuti.

Bas-bas Yang Tersedia untuk Tempahan Online

BusOnlineTicket.com mempunyai lebih daripada 15 pengusaha-pengusaha bas yang tersedia untuk tempahan online di laman web dan juga aplikasi mudah alih kami. Antara jenama bas yang popular termasuk KPB Express, KKKL Express, GJG Express, Seasons Express, Plusliner dan banyak lagi. Anda boleh semak jadual bas mereka dan membandingkan harga secara online dengan mudah di laman web kami. Kami mempunyai banyak jadual perlepasan serta pelbagai pilihan untuk anda pilih. Oleh itu, rancanglah perjalanan anda dan tempah online untuk menjimatkan kos perjalanan dan masa menunggu di terminal.

Harga Tiket untuk Bas dari KL ke Bus Pulau Pinang

Harga tiket bas untuk bas standard VIP dari KL ke Pulau Pinang adalah dari RM 25.00 hingga RM 60.00. KPB Express adalah salah satu pilihan kegemaran dalam kalangan penduduk tempatan yang menawarkan kadar paling murah dari RM25.00.

Sebahagian bas yang disediakan Nice, menyediakan TV persendirian dan makanan di atas bas, dikenakan berharga lebih tinggi iaitu RM 49.80. Nice Imperial, jenama baru dari Nice, bukan sahaja menyediakan TV persendirian dan makanaan di atas bas tetapi juga WIFI di atas bas. Harga Nice Imperial lebih tinggi iaitu RM 103.00. Bagaimanapun, untuk pelancong perniagaan, Wi-Fi, makanan dan TV ketika perjalanan adalah kemudahan yang mudah untuk mereka, yang menjustifikasikan harga tinggi tersebut.

Sila maklum bahawa tambang bas akan meningkat ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Haji.

Tempoh Perjalanan, Perhentian dan Nota

Tempoh perjalanan untuk bas dari KL ke Pulau Pinang biasanya mengambil masa kira-kira 4.5 jam, bergantung kepada keadaan trafik. Kebanyakan bas menyediakan perkhidmatan terus dari KL ke Pulau Pinang dengan 1 perhentian untuk istirahat disediakan semasa dalam perjalanan

Bas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kebanyakannya berlepas dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Selain daripada TBS, sesetengah pengendali juga menawarkan perkhidmatan mereka dengan tempat menarik lain seperti Hentian Duta, KL Sentral, Terminal Bas Kajang dan Stesen Kereta Api Lama KTM Kuala Lumpur. Bas-bas ini berhenti di Terminal Bas Sungai Nibong, iaitu sekitar 5-10 minit jarak memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang dan 20 minit jarak memandu dari Georgetown. Penumpang boleh mengambil teksi dari Sungai Nibong ke Georgetown atau mengambil bandar Penang 401 ke Georgetown dengan tambang sekitar RM2.50.

Tempah Tiket Bas dari KL ke Penang Online

Mengambil bas dari KL ke Pulau Pinang adalah mudah, ekonomik dan selesa. Sekarang, semuanya lebih mudah kerana anda boleh menempah tiket bas online di BusOnlineTicket.com dan mendapat pengesahan segera. Kami terima pembayaran kad kredit dan pelbagai pilihan perbankan internet seperti Maybank2U, CIMB Clicks dan banyak lagi untuk pembayaran dalam talian. Selain itu, BusOnlineTicket.com turut menyediakan kaedah pembayaran e-Wallet termasuk Touch n 'Go, GrabPay dan Boost.

Di samping itu, kami juga mempunyai program kesetiaan yang terbaik untuk para pelanggan kami dan ia sangat bermanfaat untuk anda yang kerap membeli tiket. Oleh itu, mulalah menempah tiket bas anda dengan kami sekarang!