img-bg

Transnasional

Tempah Tiket Bas Online

Bas Transnasional
Tempat Duduk Bas Transnasional
Penarafan : (524 undi)

-

Transnasional adalah peneraju dalam industri bas ekspres dan juga salah satu jenama syarikat bas yang terkenal di Malaysia dan Singapura. Syarikat bas ini mempunyai lebih daripada 200 destinasi dan merangkumi semua bandar termasuk bandar utama yang mempunyai 1,000 perlepasan harian di seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura. Oleh itu, pelawat, pelancong dan penumpang tempatan selalunya dapat mencari apa-apa perjalanan pada bila-bila masa dengan Transnasional.

-

Setelah berada di industri bas ekspres selama lebih dari tiga dekad, Transnasional telah memimpin industri dengan sentiasa membuat inovasi dengan menggunakan teknologi bas dan reka bentuk terkini untuk memastikan perjalanan yang selesa, selamat, menyeronokkan dan berpatutan untuk penumpang. Tiket bas online Transnasional boleh ditempah secara online di BusOnlineTicket.com.

Dengan melaksanakan sistem tiket elektronik yang pertama dalam industri, Transnasional telah membuat proses tempahan tiket bertambah cepat, tepat dan cekap. Hal ini demikian kerana sistem tiket membolehkan penumpang merancang perjalanan mereka, membuat tempahan dan membeli tiket bas ekspres di mana-mana kaunter tiket 60 hari lebih awal termasuk perjalanan pulang untuk pelbagai perjalanan. Selain itu, 170 ejen tiket terpilih termasuk Petronas Mesra Stores telah bekerjasama untuk memberikan akses yang lebih baik kepada pelanggan.

Transnasional juga merupakan pengusaha bas ekspres pertama yang menyediakan perlindungan insurans untuk penumpang dan bagasi, di mana penumpang dan bagasi (dalam kes kehilangan bagasi) boleh dilindungi oleh insurans sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku.

Dengan melancarkan jenis bas baru; Transnasional Skyview, bas jumbo 69-tempat duduk yang pertama di negara ini merupakan satu lagi pencapaian dan kejayaan untuk Transnasional kerana ia menyediakan pengalaman baru dan tahap keselesaan yang menarik untuk bas kelas ekonomi super dengan reka bentuk aerodinamik dan kerusi berkontur super ergonomik.

Dengan begitu banyak tawaran di bawah satu jenama, Transnasional sudah tentu menjadi pilihan utama anda!

Laluan Lain Oleh Bas Transnasional

Alamat Transnasional

Ibu Pejabat Kuala Lumpur
KONSORTIUM TRANSNASIONAL BERHAD
No 38 Jalan Chow Kit,
50350 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel No: 603-4045 8878

Tempah Tiket Bas Transnasional Online

Transnasional kini menawarkan tempahan tiket bas dalam talian di BusOnlineTicket.com. Anda boleh semak jadual bas Transnasional dan membandingkan harga tiket bas secara online. Anda juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih BusOnlineTicket yang terdapat di App Store, Google Play dan HuaweiGallery. Dapatkan tiket anda dengan mudah di BusOnlineTicket.com!

Tempah Tiket

Popular Bus Terminals

Other Popular Bus Route by Transnasional