Perjalanan Anda Bermula Di Sini
Tempah Tiket Bas Dalam Talian
Perjalanan di Malaysia & Singapura
Laluan Bas Popular di Malaysia & Singapura
Dipercayai oleh Pengusaha Terkemuka
Lihat semua pengusahaTempah Tiket Bas Online
Di Malaysia dan Singapura, perkhidmatan bas ekspres mempunyai liputan lokasi yang paling luas berbanding penerbangan, kereta api dan feri. Di BusOnlineTicket.com, kami mempunyai kira-kira 200 pengusaha bas untuk menawarkan perkhidmatan bagi lebih daripada 8,000 laluan di Malaysia dan Singapura yang tersedia untuk tempahan online.
Laluan bas yang popular termasuk bas dari Kuala Lumpur ke Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Genting Highlands dan banyak lagi. Selain destinasi pelancongan, kami juga mempunyai perkhidmatan bas untuk kemudahan masyarakat tempatan seperti bas ke Teluk Intan, Klang, Kuantan dan Muar.
Tempah Tiket Bas Malaysia & Singapura Secara Dalam Talian
Menempah tiket bas Malaysia online dan tiket bas Singapura online di BusOnlineTicket.com adalah mudah, cepat dan selamat. Selain itu, anda dapat menjimatkan masa dan kos untuk pergi ke terminal bas atau stesen bas hanya untuk membeli tiket.
Lihat jadual bas, semak ketersediaan tiket dan bandingkan harga tiket dengan aplikasi mudah alih kami dan laman web mudah alih kami yang mesra pengguna. Portal online kami menawarkan perkhidmatan tempahan tiket bas online 24/7 dan anda dapat chup tiket anda terlebih dahulu bagi memastikan perjalanan yang lancar dan terancang.
Faedah Pembelian Tiket Bas Online dengan BusOnlineTicket.com
BusOnlineTicket.com mempunyai pelbagai pilihan pengusaha bas. Kami bekerjasama dengan banyak pengusaha yang bereputasi baik di Malaysia seperti Sani Express, KKKL Express, Perdana Express, LA Holidays, KPB Express dan banyak lagi. Anda boleh membandingkan harga tiket dengan mudah dan memeriksa jadual bas untuk pilih yang paling sesuai dengan anda.
Selain itu, ahli kami juga dapat memperoleh BOT Miles dan menebus diskaun sehingga RM50/$20 untuk tempahan akan datang. Tambahan lagi, banyak pengusaha bas telah menyertai program BOT GoFlexi bagi memudahkan proses penjadualan semula dan pembatalan tempahan tiket anda. Kami juga menawarkan Refund Protect di mana anda boleh mendapatkan 100% pengembalian tempahan tiket anda sekiranya anda tidak dapat menaiki bas pada tarikh keberangkatan anda atas sebab-sebab yang tersenarai.
Lebih-lebih lagi, kami sering mengadakan promosi supaya anda dapat menikmati penjimatan tambahan apabila anda menempah secara online dengan kami. Jadi, tempahlah tiket bas online anda dengan kami!
Hanya Perlu 5 Minit untuk Memesan Tiket Bas Secara Dalam Talian
- Pilih tempat asal, destinasi & tarikh bertolak
- Pilih pengusaha bas & tempat duduk pilihan anda
- Isi maklumat penumpang & pilihan pembayaran
- Terima pengesahan tempahan dalam masa 24 jam
Kenapa Tempah dengan BusOnlineTicket.com?
- Pelbagai pilihan pengusaha bas & laluan
- Tempahan mudah, pantas & selamat
- Sokongan tempahan online 24/7
- Promosi & diskaun eksklusif
- Perolehi BOT Miles & nikmati lebih ganjaran






