img-bg

Melaka Sentral

Tempah Tiket Bas Online

Melaka Sentral
Melaka Sentral

MAKLUMAT AM

Melaka Sentral kebiasaannya menerima penumpang dari Melaka, Singapura dan Malaysia. Terminal bas Melaka Sentral terletak di Jalan Tun Razak Bandar Melaka dan tidak berdekatan dengan tarikan pelancong yang popular. Terminal bas ini dikenali sebagai terminal bas pertama yang sepenuhnya berpenghawa dingin dan mempunyai tempat menunggu teksi.

CARA UNTUK KE MELAKA SENTRAL

Terminal Bas Melaka Sentral dibina untuk mengurangkan kesesakan jalan dari Terminal Bas Jalan Tun Ali. Terminal bas Melaka Sentral tiada stesen LRT, menjadikan bas ekspres alternatif yang paling mudah untuk ke Melaka Sentral.

Cara lain untuk ke Melaka Sentral adalah dengan menaiki teksi tetapi kosnya adalah lebih mahal. Melaka tidak sesibuk seperti kawasan perindustrian di Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya.

KEMUDAHAN

Setibanya di Melaka Sentral, pengunjung umumnya gembira dengan pilihan makanan yang banyak termasuk kedai makanan segera, kedai makan kasual dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga tempat membeli-belah, terminal teksi dan mesin ATM, kaunter kereta sewa, kios WiFi dan kedai cenderamata.

Kadang kala, terdapat aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang berlaku di Melaka Sentral. Bas di Melaka Sentral bertolak dan tiba dengan kerap sepanjang hari. Membeli tiket sekurang-kurangnya sehari lebih awal adalah digalakkan.

KAWASAN SEKITAR BAS TERMINAL

Bandar sekitar terminal ini tidak mempunyai banyak aktiviti semasa hari biasa dan biasanya tutup sekitar pukul 7PM. Sebaliknya, hujung minggu penuh dengan aktiviti malam yang disambut meriah oleh penduduk tempatan dan pelancong yang berada di Melaka. Terdapat banyak hotel di sekitar Melaka. Terdapat beberapa bas ekspres yang mengambil penumpang di hotel bagi memudahkan mereka.

Jangka masa perjalanan bas dari Melaka ke Kuala Lumpur dijangka dalam 2 jam. Bas dari Melaka ke Singapura pula dijangka dalam 4 jam.

LOKASI MELAKA SENTRAL