Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Pontian dan Tambang Bas
Pengusaha Bas |
Bas Pertama |
Bas Terakhir |
Bil. Perjalanan |
Tarikh Bertolak |
Tambang dari |
Mayang Sari Express |
09:00 |
20:30 |
7 |
M T W T F S S |
RM 29.90 |
S&S International |
14:30 |
20:30 |
4 |
M T W T F S S |
RM 29.90 |
Bas dari Kuala Lumpur ke Pontian
Tambang Paling Murah | RM 29.90 |
Jarak | 309 km |
Anggaran Masa | 4 hrs 25 min |
Bil. Pengusaha Bas | 2 operators |
Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Pontian
Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Pontian
Bas dari KL ke Pontian sangat popular kerana ianya adalah perkhidmatan bas yang terus ke Pontian tanpa berhenti di Johor Bahru. Sebelum wujudnya perkhidmatan bas yang terus dari KL ke Pontian, penumpang yang ingin ke Pontian perlu berhenti di Larkin untuk transit. Penumpang yang ingin ke Pontian kini gembira dengan perkhidmatan bas terus ini kerana tidak perlu bersusah payah untuk transit.
Pengusaha Bas yang Menyediakan Perkhidmatan Bas dari KL ke Pontian
Mayang Sari dan S&S International adalah dua pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Pontian. Mayang Sari mempunyai banyak perjalanan bas yang bertolak dari KL TBS ke Pontian setiap hari bermula dari 8:00am hingga 11:00pm. Selain daripada jadual perjalanan bas yang kerap, Mayang Sari juga terkenal dengan reputasi perkhidmatan basnya yang baik dan masa bertolak yang menepati masa.
S&S International pula terkenal di Johor kerana mereka ibu pejabatnya terletak di Kluang. Mereka menyediakan 2 perjalanan bas dari KL TBS ke Pontian setiap hari pada pukul 1:30pm dan 6:30pm.
Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas ke Pontian dan Nota
Tempoh perjalanan bas dari KL ke Pontian mengambil masa dalam 4 jam, bergantung kepada keadaan trafik. Bas akan berhenti di perhentian lebuh raya untuk penumpang makan dan ke tandas. Harga tiket bas dari KL ke Pontian adalah RM 26.00 per tiket, sedikit murah berbanding dari harga tiket bas dari KL ke Johor Bahru iaitu RM 34.00.
Bas bertolak dari Kuala Lumpur TBS (Terminal Bersepadu Selatan), terminal yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan sistem tiket berpusat. TBS di Bandar Tasik Selatan terletak sedikit jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi pengangkutan awam seperti LRT menghubungkan pusat bandar dengan terminal tersebut. Di akhir perjalanan, bas akan berhenti di Stesen Bas Pontian.
Kerana perkhidmatan bas yang terhad dari KL ke Pontian, adalah lebih baik jika anda menempah tiket bas anda lebih awal secara online di BusOnlineTicket.com untuk mengelak daripada terpaksa mengambil bas yang perlu transit di Johor Bahru. Proses tempahan adalah mudah, mesra pengguna dan pembayaran adalah terjamin selamat.