Bas dari Johor Bahru ke Malacca

Eksklusif untuk Ahli Baru! Guna Kod: BOTNEW dan nikmati Tawaran 50%* untuk tempahan pertama. Tertakluk T&S.
Terdapat beberapa terminal bas di Johor Bahru. Terminal bas utama ialah Terminal Bas Larkin, yang juga dikenali sebagai JB Larkin Sentral.

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Malacca dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
707 Inc 14:45 16:15 12 M T W T F S S  RM 25.00
Delima Express (MY) 07:00 19:00 2 M T W T F S S  RM 20.00
Jebat Express 08:30 19:30 11 M T W T F S S  RM 21.00
KKKL Express (Terus Nanti) 07:30 21:30 16 M T W T F S S  RM 21.00
Maraliner 09:00 20:30 2 M T W T F S S  RM 22.40
Starmart Express 11:00 19:30 6 M T W T F S S  RM 20.00
Super Nice Express 08:29 09:05 4 M T W T F S S  RM 23.00
Bas dari Johor Bahru ke Malacca
Tambang Paling MurahRM 20.00
Jarak213 km
Anggaran Masa3 hr 12 min
Bil. Pengusaha Bas7 operators

Pengusaha Bas Popular dari Johor Bahru ke Malacca

Panduan Bas dari Johor Bahru ke Melaka

Bas dari Johor Bahru ke Melaka

Bas dari Johor Bahru ke Melaka adalah salah satu laluan yang kerap dilalui di terminal bas Larkin Johor Bahru disebabkan oleh trafik yang sibuk di antara kedua-dua negeri ini. Beribu pelancong menggunakan laluan di antara kedua-dua buah negeri ini setiap hari. Disebabkan ketiadaan perkhidmatan kereta api berdekatan dengan Bandaraya Melaka, perkhidmatan bas dari Johor ke Melaka adalah satu-satunya pilihan yang ada.

Tempoh, Tambang dan Tempat Ketibaan

Tempoh perjalanan bas dari Johor Bahru ke Melaka selalunya mengambil masa 3 jam. Kebanyakkan bas akan meneruskan perjalanan tanpa berhenti di kawasan rehat lebuhraya, kecuali apabila waktu rehat untuk ke tandas diperlukan.

Harga standard tiket bas dari Johor Bahru ke Melaka berharga lebih kurang RM 19.00 - RM 21.00. Ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya, harga tiket bas mungkin akan meningkat.

Kesemua bas dari Johor Bahru ke Melaka akan menamatkan perjalanan di Melaka Sentral, iaitu terminal bas pertama yang mempunyai penghawa dingin secara menyeluruh di Malaysia. Bandaraya Melaka mengambil masa 10 minit perjalanan dari Melaka Sentral. Perkhidmatan teksi tersedia untuk pelancong yang berharga lebih kurang RM 20.00 - RM 25.00.

Pilihan bas?

Terdapat banyak pengendali bas yang menyediakan perkhidmatan dari Johor Bahru ke Melaka kerana ia merupakan laluan yang kerap digunakan seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Ada penumpang yang keliru untuk memilih perkhidmatan bas yang tersedia.

Dari pemerhatian, warga tempatan memilih jenama bas seperti KKKL, Causeway Link, Ekspres Delima dan Transnasional. Ini disebabkan bas-bas mereka menepati masa, bersih dan selesa.

Walaupun terdapat banyak jadual perkhidmatan bas dari pengendali bas dari Johor Bahru ke Melaka, anda tidak digalakkan membeli tiket pada akhir masa di kaunter. Tiket bas dari Johor Bahru ke Melaka berkemungkinan besar telah habis dijual, terutamanya jenama bas yang popular seperti yang telah disebut di atas. Untuk mengelakkan masa menunggu yang lama di terminal Larkin, anda boleh menempah tiket bas Johor Bahru ke Melaka lebih awal secara online di BusOnlineTicket.com. Tempahan anda akan disahkan serta-merta dan tempat duduk anda adalah dijamin.