Bas dari Kuala Lumpur ke Segamat

Eksklusif untuk Ahli Baru! Guna Kod: BOTNEW dan nikmati Tawaran 50%* untuk tempahan pertama. Tertakluk T&S.

Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Segamat dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
KKKL Express (Terus Nanti) 08:00 21:00 12 M T W T F S S  RM 21.00
Bas dari Kuala Lumpur ke Segamat
Tambang Paling MurahRM 21.00
Jarak205 km
Anggaran Masa3 hrs 33 min
Bil. Pengusaha Bas1 operators

Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Segamat

Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Segamat

Bas dari KL ke Segamat

Bas dari KL ke Segamat adalah pilihan pengangkutan utama untuk masyarakat tempatan. Dahulu, keretapi dari KL ke Segamat adalah antara salah satu pilihan mereka. Namun, oleh kerana perkhidmatan ETS dinaik taraf dan perlu transit di Gemas, menaiki bas dari KL ke Segamat adalah lebih cepat dan mudah.

Pengusaha Bas Yang Menyediakan Perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Segamat

KKKL, Transnasional dan Cepat Express adalah pengusaha-pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan dari KL ke Segamat. KKKL adalah bas terbaik dan perkhidmatannya yang berkualiti di Malaysia. Transnasional adalah syarikat bas terbesar di Malaysia yang disokong oleh kerajaan dengan perkhidmatan yang diyakini. Manakala, Cepat Express adalah syarikat bas yang berpusat di Johor.

Selain itu, KKKL adalah bas yang ada pada setiap jam dari Kuala Lumpur ke Segamat, bermula dari 8:30am ke 6:30pm. Ia menawarkan pelbagai pilihan waktu perlepasan untuk penumpang. Jadual bas yang kerap menjadikan penumpang lebih memilih perkhidmatan bas berbanding keretapi.

Tempoh, Harga Tiket dan Nota

Tempoh yang diperlukan untuk bas dari KL ke Segamat mengambil masa kira-kira 3.5 – 4 jam bergantung pada keadaan trafik. Bas di Malaysia kebiasaannya tidak mempunyai kemudahan tandas, oleh itu perhentian ke tandas akan diberi satu kali semasa perjalanan. Harga tiket bas dari KL ke Segamat adalah dalam lingkungan RM13.80 – RM 19.00 per tiket bergantung kepada pilihan bas.

Bas bertolak dari Kuala Lumpur TBS (Terminal Bersepadu Selatan) iaitu terminal bas yang baru dibina dan moden selepas tutupnya Pudu Raya pada November 2015. TBS berada di Bandar Tasik Selatan, iaitu selatan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Penumpang boleh pergi ke TBS dengan mengambil LRT dan berhenti di Stesen Bandar Tasik Selatan. Bas itu berhenti di Terminal Bas Segamat yang terletak di pusat bandar bertentangan dengan Stesen Keretapi KTM Segamat.

Penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket online lebih awal di BusOnlineTicket.com terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti. Pembayaran online dijamin selamat sama ada menggunakan kad kredit atau perbankan internet.