Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Malacca dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Delima Vision 07:00 22:00 20 M T W T F S S  RM 13.00
Kesatuan Express 02:51 14:16 2 M T W T F S S  RM 14.00
KKKL Express (Terus Nanti) 07:30 21:30 17 M T W T F S S  RM 14.00
Maraliner 04:15 18:30 10 M T W T F S S  RM 11.00
Mayang Sari Express 08:00 19:30 13 M T W T F S S  RM 12.00
Melor Interline Express 08:25 23:00 32 M T W T F S S  RM 12.00
Transnasional 12:00 18:31 8 M T W T F S S  RM 15.00
Bas dari Kuala Lumpur ke Malacca
Tambang Paling MurahRM 11.00
Jarak134 km
Anggaran Masa2 hrs 12 min
Bil. Pengusaha Bas7 operators

Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Malacca

Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Melaka

Bas dari KL ke Melaka

Bas dari KL ke Melaka adalah antara laluan yang mempunyai kekerapan perlepasan yang tinggi di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Kuala Lumpur. Dari seawal 4:30 pagi hingga 11:00 malam, hampir setiap 30 minit terdapat sekurang-kurangnya satu bas yang bertolak dari TBS Kuala Lumpur ke Melaka.

Dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Melaka

KKKL Express dan Transnasional adalah dua jenama terkenal yang menyediakan bas dari KL ke Melaka. Penduduk tempatan lebih suka kedua-dua jenama ini kerana ketepatan masa dan kekerapan jadualnya yang tinggi. Perkhidmatan bas berkualiti yang lain termasuk Delima Express, Mayang Sari dan Maraliner.

Tambang untuk bas dari KL ke Melaka adalah sekitar RM 10 - RM 18 per tiket. Tempoh yang diperlukan untuk bas dari KL ke Melaka adalah sekitar 2 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas. Tempat ketibaan di Melaka biasanya adalah di Melaka Sentral. Perhentian untuk ke tandas akan diperuntukkan atas permintaan kepada pemandu bas semasa perjalanan.

Kerana status Melaka sebagai Tapak Warisan UNESCO, Melaka menjadi salah satu destinasi paling digemari oleh pelancong yang datang ke Malaysia. Kebiasaannya, pelancong akan menghabiskan beberapa hari untuk melawat tempat menarik di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka. Tidak ada perkhidmatan penerbangan atau kereta api untuk menghubungkan dua bandar ini. Oleh itu, menaiki bas dari KL ke Melaka adalah pilihan pengangkutan yang paling mudah dan menjimatkan.

Dari KL Airport KLIA dan KLIA 2 ke Melaka

Bagi pelancong yang ingin menaiki bas dari KLIA atau KLIA2 ke Melaka selepas mendarat di lapangan terbang, Transnasional dan Starmart adalah beberapa pengusaha bas yang menawarkan perkhidmatan ini. Jadual perlepasan adalah terhad untuk bas dari KLIA dan KLIA2 ke Melaka. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memeriksa waktu ketibaan anda bagi memastikan anda sempat menaiki bas dari KLIA atau KLIA 2 ke Melaka. Jika tidak, anda perlu menaiki bas ulang-alik yang disediakan oleh Jetbus dari lapangan terbang ke TBS, dan kemudian menaiki bas lain untuk ke Melaka.

Tempah Tiket KL ke Melaka Secara Online

Memesan tiket bas secara online adalah lebih mudah dan lebih jimat daripada pergi ke kaunter. Lebih-lebih lagi, di BusOnlineTicket.com kami menawarkan Program Kesetiaan terbaik di pasaran di mana ahli dapat menebus sehingga RM50 atau SGD 25 dengan BOT Miles yang mereka perolehi di laman web kami. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan tiket mereka dengan mudah melalui aplikasi mudah alih BusOnlineTicket yang boleh didapati di App Store, Google Play dan Huawei AppGallery.

Semak jadual dan bandingkan harga dalam talian. Terdapat pelbagai pilihan pembayaran untuk anda seperti kad kredit / debit, perbankan online, e-wallet termasuk TNG eWallet, GrabPay, Boost dan banyak lagi. Jadi, tempah tiket anda sekarang!