| Laluan | Bas Pertama | Bas Terakhir | Harga dari | |
|---|---|---|---|---|
| Kuala Lumpur ke Kuantan | 07:00 | 23:59 | RM 20.00 | |
| Temerloh ke Kuantan | 10:00 | 22:00 | RM 12.00 | |
| Johor Bahru ke Kuantan | 08:30 | 23:55 | RM 30.00 | |
| Kuala Terengganu ke Kuantan | 08:45 | 23:45 | RM 19.00 | |
| Shah Alam ke Kuantan | 07:00 | 23:00 | RM 28.00 |
| Laluan | Bas Pertama | Bas Terakhir | Harga dari | |
|---|---|---|---|---|
| Kuantan ke Kuala Lumpur | 07:15 | 23:50 | RM 20.00 | |
| Kuantan ke Shah Alam | 08:00 | 22:30 | RM 25.50 | |
| Kuantan ke Johor Bahru | 08:30 | 20:00 | RM 30.00 | |
| Kuantan ke Temerloh | 08:30 | 22:35 | RM 12.00 | |
| Kuantan ke Kuala Terengganu | 08:30 | 23:15 | RM 19.50 |
Kuantan merupakan sebuah daerah di negeri Pahang yang kaya dengan keindahan pantainya dan sering disebut-sebut sebagai tempat yang meninggalkan kenangan yang tak dapat dilupakan oleh pelancong. Bandar ini mudah untuk dilawati, sama ada pengangkutan darat dan udara dan berhampiran dengan kota besar yang lain. Adalah disarankan untuk menggunakan bas ke Kuantan oleh kerana laluan jalan raya yang sibuk apabila musim cuti.
Laluan jalan raya yang utama adalah lebuhraya Pantai Timur dan laluan ini dapat memendekkan masa perjalanan terutamanya yang selalu menggunakan pengangkutan darat seperti motosikal, kereta dan bas untuk ke daerah yang lain. Kuantan juga banyak menempatkan universiti yang popular seperti Universiti Malaysia Pahang, Universiti Islam Antarabangsa Cawangan Kuantan, Universiti Tunku Abdul Rahman dan banyak lagi. Bilangan pelajar yang ramai ini menjadikan bas ekspres sebagai pilihan utama pelajar untuk pulang ke destinasi masing-masing. Terutamanya bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Pelajar atau sesiapa yang ingin menempah tiket bas, ini adalah panduan untuk anda.
Pelbagai aktiviti dan perkara yang anda boleh lakukan di sekitar Kuantan kerana bandar ini kaya dengan alam semulajadi dan sejarahnya yang tersendiri. Sekiranya anda berkunjung ke Kuantan dengan menggunakan bas jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi destinasi ini.
Anda boleh merancang awal tarikh yang sesuai untuk membuat tempahan tiket bas. Secara tak langsung anda dapat berehat sepanjang perjalanan dan dapat berjimat cermat untuk bercuti ke destinasi ini.
Berikut destinasi yang menarik yang anda boleh lawati:
| 🌊 | Pantai Cherating – Pantai terkenal dengan ombak yang sesuai untuk surfing, program pemuliharaan penyu, dan suasana santai tepi laut. |
| 🎢 | Bukit Gambang Resort City – Destinasi mesra keluarga dengan taman tema air yang menyeronokkan dan safari park penuh aksi. |
| 🏖️ | Teluk Cempedak – Pantai yang meriah dengan pemandangan laut memukau, kafe-kafe hip, dan laluan boardwalk yang cantik. |
| 🌿 | Air Terjun Sungai Pandan – Air terjun indah dikelilingi hutan tropika, sesuai untuk berkelah dan mandi manda. |
| 🚤 | Kuantan River Cruise – Pengalaman menaiki bot santai menyusuri Sungai Kuantan, dengan pemandangan hutan bakau dan hidupan liar. |
| 🏛️ | Sultan Abu Bakar Museum – Muzium bersejarah yang mempamerkan warisan kaya Pahang serta koleksi diraja. |
| 🌆 | Kuantan 188 Tower – Mercu tanda ikonik Kuantan yang menawarkan pemandangan panorama bandar dari dek pemerhatian yang tinggi. |
| 🏞️ | Air Terjun Berkelah – Permata tersembunyi dengan air jernih dan kolam semula jadi yang tenang, sesuai untuk percutian menenangkan. |
Anda perlu merancang jarak tempat-tempat yang anda ingin lawati dari Kuantan Sentral sebelum membuat tempahan tiket bas agar bersesuaian dengan tarikh, masa dan bajet anda.
Sekiranya anda ingin menempah tiket bas dengan BusOnlineTicket.com, jom lah jadi member kami untuk menikmati 50% tawaran eksklusif. Tawaran dan potongan ini eksklusif untuk member baru kami. Secara tidak langsung anda dapat menikmati pelbagai kelebihan apabila menjadi ahli kami. Pilih sahaja tempat pelepasan yang anda mahukan ke Kuantan Sentral dan masukkan kod BOTNEW. Tertakluk terma & syarat.
Kuantan Sentral merupakan terminal bas yang terbesar di Kuantan dan banyak menghubungkan perjalanan bas ekspres ke bandar-bandar besar dan luar bandar. Terminal ini menjadi pusat tumpuan pelajar dan ramai lagi pengguna dari pelbagai peringkat umur.
Terdapat pelbagai kemudahan di terminal ini yang memberikan keselesaan kepada pengguna seperti ruang menunggu berhawa dingin, surau, kafe dan tandas awam. Terminal ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV yang boleh memantau kawasan sekeliling terminal.
Perkara yang penting apabila hendak membuat tempahan bas adalah mengetahui ke mana tujuan anda. Misalnya, anda hendak pulang ke Kuantan dari bandar-bandar besar atau daerah lain seperti:
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 min untuk jarak 262KM dengan menggunakan bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan ke Kuantan Sentral, Pahang bergantung pada kelajuan pemandu bas operator yang berbeza dan keadaan trafik. Bas ekspres yang menjadi pilihan utama adalah jenis ekonomi dua tingkat (2+1) dan yang menawarkan harga berpatutan kerana permintaan yang tinggi ini datang dari bilangan pelajar universiti awam dan swasta yang kerap pulang apabila cuti awam dan semester di universiti.
Berikut merupakan senarai operator bas yang popular ke Kuantan, Pahang:
Pelajar dari Universiti Malaysia Pahang terutamanya gemar menggunakan perkhidmatan bas dari operator LA Holidays kerana memudahkan pelajar untuk tidak perlu pergi jauh ke terminal bas seperti Kuantan Sentral. Operator ini kerap memasuki universiti untuk mengambil penumpang dan tepat menunggu bas berdekatan dengan kolej kediaman mereka. Fasiliti yang selesa dan harga tambang yang berpatutan menjadikan operator ini pilihan yang utama di kalangan pelajar yang ingin pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
Terdapat kaunter dan kiosk tiket layan diri sekiranya anda ingin membuat pembelian tiket bas pada hari yang sama dan kami menggalakkan anda untuk membuat tempahan awal di laman web BusOnlineTicket.com supaya anda boleh membuat pilihan dan perbandingan dari harga tiket, tarikh berangkat, tempat duduk, operator bas dengan santai.
Sekiranya anda memilih untuk melakukan tempahan secara online anda boleh dapatkan boarding pass sebagai pass masuk ekspres tanpa perlu beratur untuk mencetak boarding pass anda pada hari pelepasan.