Maraliner adalah sebuah syarikat bas yang dimiliki oleh kerajaan yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Bas Maraliner adalah sebahagian daripada Kumpulan Maraliner, yang terdiri daripada MARA Liner Travel & Ads, MARA Liner Parts dan MARA Liner Logistic. Syarikat ini telah berada dalam industri bas ekspres selama lebih dari 30 tahun.
Maraliner merupakan antara jenama bas yang terkenal kerana perkhidmatan bas mereka merangkumi pelbagai lokasi dan destinasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Laluan bas popular yang ditawarkan oleh Maraliner termasuk bas dari Alor Setar ke Shah Alam, Butterworth ke Ipoh, Kuala Lumpur ke Kedah serta banyak lagi.
Jenis bas yang dikendalikan oleh Maraliner adalah bas Super-VIP dengan 26 tempat duduk yang dilengkapi dengan penyaman udara, ruang kaki yang luas dan tempat duduk boleh laras. Dengan pengalaman mereka yang luas dan perkhidmatan yang terbaik terutamanya dari segi ketepatan masa bertolak, Maraliner kini telah menjadi salah satu pilihan nombor satu bagi kebanyakan masyarakat di Malaysia.
Dengan kerjasama Maraliner dan BusOnlineTicket.com, anda boleh membeli tiket bas Maraliner secara online untuk mengelakkan beratur panjang di kaunter tiket.