img-bg

Adam Express

Tempah Tiket Bas Online

Adam Express Bas
Tempat Duduk Bas Adam Express
 

Bas Ekspres antara Kuala Terengganu dan Tanjong Malim

Adam Express diuruskan oleh Meshah Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat ini terletak di Kuala Terengganu, Malaysia. Adam Express terkenal dalam menyediakan perkhidmatan bas ekspres yang terjamin dan selamat untuk para penumpang yang mengambil perkhidmatan bas ini di Semenanjung Malaysia.

Perkhidmatan Bas yang Ditawarkan oleh Adam Express

Semua bas Adam Express adalah bas satu tingkat dengan kapasiti 30 tempat duduk. Kesemua bas tersebut dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk boleh laras dan ruang kaki yang luas untuk memastikan keselesaan para penumpang sepanjang perjalanan.

Adam Express menyediakan banyak perkhidmatan bas ekspres seperti bas dari Kuala Terengganu ke Tanjong Malim, Tanjong Malim ke Kuala Terengganu dan banyak lagi. Tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Tanjong Malim terletak di Terminal Bas Tanjong Malim. Manakala, tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Kuala Terengganu terletak di Hentian Bas MPKT. Adam Express juga akan berhenti di beberapa lokasi lain seperti Bukit Beruntung dan Rawang untuk menurunkan penumpang semasa dalam perjalanan ke Tanjong Malim. Walaubagaimanapun, tambang bas adalah berbeza bergantung pada tempat menurunkan penumpang.

Alamat Meshah Travel and Tours Sdn Bhd

10116 Kampung Tualang Manir
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
Telefon: +6010 537 7899
E-mel: adamekspres@gmail.com

Tempah Tiket Bas Adam Express Online

Dengan menyertai BusOnlineTicket.com, tiket bas Adam Express kini boleh ditempah dengan mudah secara online!

Tempah Tiket