Plusliner merupakan ahli kepada kumpulan KTB (Konsortium Transnasional Berhad). Plusliner, yang diperkatakan sebagai Raja Lebuhraya Ekspres selama lebih dari satu dekad, telah melalui hampir kesemua lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia, menghubungkan bandar-bandar utama dan membawa orang ramai lebih dekat antara satu sama lain.
Dari Bukit Kayu Hitam di utara Semenanjung Malaysia ke Johor Bahru di Selatan Semenanjung Malaysia dan Kuantan di Timur Semenanjung Malaysia, penumpang kebanyakannya berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan bas Plusliner.
Selain bas yang moden dan selesa, penumpang juga yakin dengan keberangkatan dan ketibaan yang tepat pada masanya dengan jadual yang kerap pada setiap 20 minit. Bas Plusliner direka khas untuk memenuhi semua keperluan keselamatan manakala hiasan bas Plusliner pula melambangkan gaya muda dan bersemangat.
Untuk makluman, penumpang boleh menempah tiket bas Plusliner untuk jadual sehingga 60 hari lebih awal di outlet Plusliner. Pemandu bas mereka yang terlatih juga komited untuk membawa anda semua ke destinasi anda dengan selamat, selesa dan tepat pada masanya.
Jadi, tidak kira sama ada perjalanan anda yang seterusnya adalah untuk perniagaan atau keseronokan, secara solo atau bersama rakan-rakan, Plusliner bersedia membawa anda ke sana.
Tiket Plusliner boleh ditempah secara online di BusOnlineTicket.com, portal tempahan tiket bas yang paling dipercayai di Malaysia dan Singapura. Penumpang boleh menyemak jadual tiket bas dan menempah tempat duduk dengan mudah di laman web kami.