img-bg

Quick Liner Express

Tempah Tiket Bas Online

Bas Quick Liner Express
Tempat Duduk Quick Liner Express
 

Bas Ekspres dari Kedah ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Banyak Lagi

Quick Liner Ekspress sudah tentu akan menjadi pilihan anda kerana mereka menawarkan perkhidmatan bas ekspres mereka di serata Malaysia. Tambahan lagi, bas ini beroperasi di terminal dan stesen bas yang terkenal bagi memudahkan para penumpang untuk menaiki bas mereka.

Bas Quick Liner Express terkenal dalam menyediakan perkhidmatan bas yang tepat pada waktu dan cemerlang kepada para penumpang mereka. Kebanyakan bas Quick Liner Ekspress adalah bas satu tingkat dengan 30 tempat duduk. Kesemua bas cukup dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, tempat duduk boleh laras dan ruang kaki yang luas. Selain itu juga, bas-bas mereka dilengkapi dengan tempat pengecas dan Wi-Fi percuma untuk memudahkan lagi urusan para penumpang. Dengan segala kemudahan yang disediakan, para penumpang akan selalu berasa selamat, santai dan selesa semasa menuju ke destinasi mereka. Secara keseluruhan, bas Quick Liner Express mendapat pujian daripada para penumpang kerana perkhidmatan bas mereka yang terbaik.

Perkhidmatan & Reputasi Bas Ekspres Quick Liner

Bas Quick Liner Express adalah antara pengusaha bas yang terkenal yang beribu pejabat di Kedah. Mereka menawarkan perkhidmatan bas di Semenanjung Malaysia seperti Kuala Lumpur, Kedah, Penang, Seremban dan banyak lagi. Laluan bas mereka yang popular adalah bas dari Shah Alam ke Alor Setar, bas dari Shah Alam ke Butterworth, bas dari Shah Alam ke Sungai Petani, bas dari Shah Alam ke Kuala Perlis, bas dari Alor Setar ke Putrajaya, bas dari Alor Setar ke Seremban serta perjalanan balik.

Alamat Pejabat Quickliner Express

Quickliner International (M) Sdn Bhd
B135, Lorong Ria Indah 10/5,
Taman Ria Indah
08000 Sg Petani, Kedah.
Tel No: 012-4012966

Tempah Tiket Bas Quick Liner Online

Kini, mereka juga menyediakan perkhidmatan tempahan online untuk tiket bas mereka dan anda boleh menempah tiket bas Quick Liner Express dengan mudah! Anda hanya perlu layari laman web kami BusOnlineTicket.com untuk tempah tiket bas online anda pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada tanpa perlu bersusah-payah.

Tempah Tiket