img-bg

Ayu Express

Tempah Tiket Bas Online

Bas Ayu Ekspres
Tempat Duduk Bas Ayu Express
 
Penarafan : (25 undi)

Perkhidmatan Bas dari Kuala Terengganu dan Kuantan ke KLIA / KLIA2

Ayu Express adalah sebuah syarikat bas ekspres yang berpusat di Jenjarom, Selangor. Perkhidmatan utama yang mereka tawarkan adalah perkhidmatan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA & KLIA2) dari Pantai Timur Malaysia. Antara beberapa laluan bas popular termasuk bas dari Kuala Terengganu ke KLIA / KLIA2 dan bas dari Kuantan ke KLIA / KLIA2.

Perkhidmatan Bas Ayu Express

Perkhidmatan bas yang disediakan oleh Ayu Express agak baru dalam industri. Malah, tidak banyak pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bas ini terutamanya untuk laluan antara pantai timur dan lapangan terbang di Kuala Lumpur. Dengan adanya perkhidmatan bas Ayu Express, semua orang kini boleh menikmati perjalanan ke lapangan terbang dari pantai timur dengan mudah tanpa perlu menukar bas di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa bas Ayu Express berhenti di beberapa stesen bas atau terminal sebelum sampai ke lapangan terbang. Maka, rancanglah perjalanan sebelum anda membuat tempahan.

Tempat Mengambil dan Menurunkan Penumpang Yang Lain

Selain daripada Kuala Terengganu dan Kuantan, Ayu Express juga mengambil dan menurunkan penumpang di pelbagai lokasi lain. Di pantai timur, tempat mengambil dan menurunkan penumpang termasuk UniSZA, MBKT, Marang, Dungun, Paka, Kerteh, Kemaman dan Kuantan. Sementara itu di ibu kota dan kawasan berdekatan dengannya, tempat mengambil dan menurunkan penumpang termasuk Greenwood, TBS, Putrajaya, KLIA dan KLIA2.

Alamat Pejabat Ayu Express

No. 49-2, Jln SP 1/1,
Bandar Saujana Putra,
Lebuhraya Elite,
42610 Jenjarom, Selangor
Tel No: +6012-2728427 / +6017-6867568

Tiket Bas Online Ayu Express

Anda kini boleh menempah tiket bas Ayu Express secara online di BusOnlineTicket.com. Tempahan secara online lebih mudah kerana anda dapat membandingkan harga dan menjimatkan masa dan kos perjalanan ke stesen atau terminal untuk membeli tiket. Di samping itu, BusOnlineTicket.com juga menawarkan program kesetiaan yang menarik untuk pelanggan kami di mana anda boleh menebus diskaun untuk tempahan seterusnya. Oleh itu, rancang perjalanan anda dan tempah tiket bas dalam talian dengan kami hari ini!

Tempah Tiket