Bas dari Kuala Lumpur ke Singapore

Eksklusif untuk Ahli Baru! Guna Kod: BOTNEW dan nikmati Tawaran 50%* untuk tempahan pertama. Tertakluk T&S.
Nota: Bas hanya akan menunggu penumpang selama 20 minit di Kastam.

Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Singapore dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Billion Stars 00:45 23:45 50 M T W T F S S  S$ 55.00
Causeway Link Express 10:00 17:45 16 M T W T F S S  S$ 87.50
City Express 15:00 15:30 4 M T W T F S S  S$ 30.00
Cityline Global Pte Ltd 07:30 23:59 117 M T W T F S S  S$ 20.00
Cosmic Singapore Express 11:35 21:35 4 M T W T F S S  S$ 80.00
Delima Vision 06:15 19:00 8 M T W T F S S  S$ 80.00
E-Mutiara 07:30 23:00 15 M T W T F S S  S$ 60.00
Eltabina Jaya Sdn Bhd 08:00 23:30 52 M T W T F S S  S$ 25.00
First Coach 07:30 18:30 4 M T W T F S S  S$ 78.00
KKKL Express (Terus Nanti) 08:00 23:59 48 M T W T F S S  S$ 19.90
KKKL Travel & Tours Pte Ltd 12:45 18:15 76 M T W T F S S  S$ 35.00
LA Holidays 07:00 23:59 60 M T W T F S S  S$ 20.00
Luxury Coach Service 14:00 15:45 18 M T W T F S S  S$ 38.00
Sri Maju Group 13:30 20:00 4 M T W T F S S  S$ 45.00
Star Coach Express Sdn Bhd 01:00 13:00 4 M T W T F S S  S$ 20.00
Starmart Express 07:00 23:59 53 M T W T F S S  S$ 60.00
Suasana Edaran Express 08:00 23:30 21 M T W T F S S  S$ 55.00
Super Nice Express 09:30 23:00 36 M T W T F S S  S$ 60.00
The One Travel & Tours (Five Stars Express) 06:30 20:30 36 M T W T F S S  S$ 83.25
Transtar Travel Pte Ltd 07:29 17:29 24 M T W T F S S  S$ 60.00
Transtar Xtras 07:00 16:59 24 M T W T F S S  S$ 25.00
WTS Travel & Tours Pte Ltd 13:15 13:45 15 M T W T F S S  S$ 40.00
Bas dari Kuala Lumpur ke Singapore
Tambang Paling MurahS$ 19.90
Jarak356 km
Anggaran Masa5 hrs 14 min
Bil. Pengusaha Bas22 operators

Panduan Bas Dari Kuala Lumpur ke Singapura

Bas Dari KL ke Singapura

Bas dari KL ke Singapura adalah laluan yang terkenal. Beribu pengguna menggunakan perkhidmatan bas dari KL ke Singapura setiap tahun. Jika dibandingkan dengan pengangkutan lain seperti kereta api dan penerbangan tambang murah, perjalanan dengan menaiki bas dari KL ke Singapura kebiasaannya menjadi pilihan kerana lebih laju (jika dibandingkan dengan kereta api), mudah, selesa dan ekonomi.

Kenapa Memilih Perkhidmatan Bas dan Bukan Penerbangan?

Salah satu tarikan utama menggunakan bas adalah tempat perlepasan selalunya di kawasan pusat bandar, manakala KLIA2 adalah 45 minit ke 1 jam perjalanan kereta dari pusat bandar KL. Maka bas menyediakan tempat perlepasan yang mudah

Satu lagi sebab tempoh mendaftar masuk untuk bas biasanya adalah 30 minit sebelum berlepas, manakala tempoh mendaftar masuk untuk penerbangan adalah 2 jam sebelum berlepas. Walaupun menaiki kapal terbang lebih cepat daripada mengambil bas (1 jam dengan 5 jam), rata-rata penumpang memilih perkhidmatan bas kerana masa keseluruhan bagi bas dari KL ke Singapura adalah lebih kurang sama jika mengambil kira tempoh mendaftar masuk di KLIA2 dan masa perjalanan dari bandar raya KL ke KLIA2.

Selain itu, satu lagi kelebihan mengambil bas ialah bas lebih selesa dengan kerusi yang boleh dibaringkan sepenuhnya dan persekitaran yang mempunyai penyaman udara. Beberapa bas mewah yang lebih maju menawarkan WIFI dan hiburan TV peribadi. Contohnya, KKKL, Nice Imperial dan Odyssey dilengkapi dengan perkhidmatan WIFI dan Grassland Royal VIP, Fivestar High Deck, Luxury Coach, Transtar Solitaire, First Coach, Odyssey, Nice Imperial dan Aeroline dipasang dengan hiburan TV peribadi.

Tempoh, Harga, Perhentian dan Nota

Tambang bas dari KL ke Singapura adalah di antara RM 45.00 ke RM 100.00 (SGD 20.00-SGD 45.00), bergantung pada kelas bas. Tambang kebiasaannya adalah RM 50.00 atau SGD 30.00 melainkan terdapat promosi istimewa.

Tempoh perjalanan bagi bas dari KL ke Singapura biasanya mengambil masa lebih kurang 5 jam. Bagaimanapun, jika terdapat trafik yang teruk di Kastam Woodlands, ia akan mengambil masa lebih lama, terutamanya ketika selepas waktu berkerja. Beberapa bas masuk keSingapura melalui Tuas untuk mengelakkan trafik, jadi anda boleh menjangka trafik lancar dan perjalanan yang mengambil masa 5 jam. Contohnya, bas KKKL and Starmart masuk ke Singapura melalui Tuas.

Beberapa bas menawarkan perkhidmatan terus ke Singapura tanpa berhenti untuk makan (hanya 1 rehat tandas disediakan) dan beberapa bas akan singgah di medan selera Yong Peng untuk waktu rehat tandas dan waktu makan. Jadi, sila semak pilihan anda sebelum membeli tiket bas dari KL ke Singapura.

Kebanyakan bas menurunkan penumpang di Beach Road, Golden Mile Complex. Tempat penurunan yang lain oleh beberapa pengendali bas ialah di Sultan Novena, Jalan Sultan, Marine Parade Katong V, Harbour Front dan lain-lain.

Tempat Perlepasan di KL (Kuala Lumpur)

Disebabkan oleh permintaan tempat perlepasan dari beberapa tempat di Kuala Lumpur, pengendali bas telah membuka beberapa tempat perlepasan lain di Kuala Lumpur. Tempat perlepasan kebanyakan bas berada di terminal bas yang baru dibina, Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Bagaimanapun beberapa pengendali bas menawarkan pilihan tempat yang lain untuk perlepasan seperti Berjaya Times Square, Pudu Sentral, Chinatown, One Utama dan lain-lain. Penumpang boleh memilih bas dengan tempat perlepasan yang paling mudah untuk mereka.

1) Perlepasan bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) KL termasuk:

Eltabina, Causeway Link, Sri Maju, Ekspres Qistna dan Konsortium

2) Perlepasan bas dari Berjaya Times Square KL termasuk:

Grassland, KKKL, Luxury Coach, Transtar, Fivestars, WTS dan Starmart

3) Perlepasan bas dari Pudu Sentral (Puduraya) KL termasuk:

Alisan Golden Coach dan Transtar

4) Perlepasan bas dari Stesen Landasan KeretaApi Lama KTM KL termasuk:

Transnasional, Nice dan Plusliner

5) Perlepasan bas dari Chinatown (Petaling Street) KL termasuk:

KKKL

6) Perlepasan bas dari One Utama KL termasuk:

Transtar, Fivestars, BillionStar, First Coach dan Aeroline

7) Perlepasan bas dari Bangsar KL termasuk:

First Coach

8) Perlepasan bas dari Subang Jaya KL termasuk:

First Coach

9) Perlepasan bas dari Sunway KL termasuk:

WTS dan Aeroline

10) Perlepasan bas dari Mont Kiara KL termasuk:

Odyssey

Laman web BusOnlineTicket.com menerima tempahan dalam talian dengan pembayaran Paypal, Visa dan kad kredit Master, serta perbankan internet melalui CIMB One Click, Maybank2u, Hong Leong Connect, RHB Now dan lain-lain. Pembayaran yang selamat membuatkan tempahan tiket bas secara online menjadi mudah. Selain itu, dengan banyak pengendali bas, waktu berlepas, tempat ketibaan untuk dipilih, ini membuatkan BusOnlineTicket.com menjadi salah satu laman web tempahan secara online yang paling popular di antara pelanggan-pelanggannya sepanjang beberapa tahun ini.