Nota: Syarikat bas ini telah menghentikan operasinya.
Nota: Syarikat bas ini telah menghentikan operasinya.
Konsortium, atau nama penuhnya iaitu Konsortium Bas Ekspres merupakan antara bas yang terunggul di dalam industri bas ekspres. Mereka juga adalah antara salah satu daripada jenama syarikat bas yang bereputasi di Malaysia dan Singapura. Oleh itu, Konsortium Bas Ekspres adalah bas ekspres yang menjadi pilihan masyarakat tempatan.
Konsortium berpengalaman dalam mengendalikan perkhidmatan bas antara bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia dan mempunyai lebih daripada 300 perlepasan harian di serata Semenanjung Malaysia dan Singapura. Oleh itu pengunjung, pelancong dan masyarakat tempatan boleh mendapatkan tiket bas Konsortium untuk sebarang laluan utama pada bila-bila masa.
Konsortium menyediakan perkhidmatan bagi pelbagai laluan bas di Semenanjung Malaysia. Tempat perlepasan dan destinasi utama Konsortium termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Hatyai, Taiping, Singapura, Johor Bahru dan bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia. Antara laluan popular yang disediakan oleh Konsortium adalah perjalan bas pergi balik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur ke Kamunting. Orang ramai selalu beratur panjang di kaunter tiket untuk membeli tiket dan tiket untuk laluan perjalanan yang disebut di atas selalu mendapat permintaan yang tinggi. Oleh itu, para penumpang dinasihatkan untuk tempah tiket bas online bagi mengelakkan kesulitan selain dapat menempah tempat duduk dengan lebih awal.
Kesemua bas Konsortium dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk boleh laras dan ruang kaki yang luas bagi memastikan para penumpang dapat menikmati perjalanan yang selesa dengan Konsortium. Selain itu juga, bas Konsortium mempunyai reputasi baik terutamanya dalam menepati waktu perlepasan dan menyediakan perjalanan yang selamat ke destinasi mereka. Para staf dan pemandu dipilih dengan teliti dan dilatih secara profesional oleh pihak pengurusan Konsortium, supaya keazaman Konsortium dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang tercapai.
Dengan pelbagai tawaran di bawah satu jenama, Konsortium semestinya menjadi pilihan anda!
BusOnlineTicket.com adalah portal tempahan tiket dalam talian untuk bas ekspres yang dipercayai di Malaysia dan Singapura. Kami mempunyai inventori paling lengkap, yang menampilkan pelbagai jenama bas popular di seluruh Malaysia dan Singapura. BusOnlineTicket.com juga mempunyai banyak pengusaha bas yang telah mengaktifkan BOT GoFlexi untuk memudahkan proses penjadualan semula dan pembatalan tiket bas. Membuat tempahan dengan BusOnlineTicket.com pasti membawa pelbagai faedah, jadi jom tempah tiket bas online dengan kami hari ini!