img-bg

E-Mutiara

Tempah Tiket Bas Online

Bas E-Mutiara
Tempat Duduk Bas E-Mutiara
 

Perkhidmatan Bas Ekspres dari Kelantan: Bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur & Banyak Lagi

E-Mutiara atau Ekspres Mutiara adalah salah satu syarikat bas popular yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan. Jenama bas ini sangat popular terutamanya dalam kalangan penduduk tempatan yang tinggal di Kelantan. Mereka terkenal dengan kualiti perkhidmatan yang tinggi dan laluan bas yang komprehensif menghubungkan masyarakat di Kelantan dengan banyak bandar utama di Semenanjung Malaysia.

Perkhidmatan & Reputasi Bas Ekspres E-Mutiara

Bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada laluan bas popular yang mereka tawarkan. Bas dari Kota Bharu berlepas dari Terminal Bas Kota Bharu dan tiba di TBS (Terminal Bersepadu Selatan), Kuala Lumpur. Selain itu, bas E-Mutiara juga menyediakan perkhidmatan bas dari pelbagai lokasi lain di Kelantan. Beberapa lokasi popular termasuk bas dari Chiku dan bas dari Pengkalan Chepa. Perkhidmatan bas mereka juga turut ke destinasi yang berbeza seperti Klang, Melaka dan Johor Bahru.

Di samping itu, bas-bas yang digunakan E-Mutiara semuanya berada dalam keadaan yang baik. Bas dua tingkat mereka mempunyai susunan tempat duduk 2 + 1 dengan tempat duduk boleh laras serta berpenghawa dingin. Penumpang akan mempunyai ruang kaki yang cukup dan tempat duduk yang luas untuk keselesaan semasa perjalanan jarak jauh.

Alamat E-Mutiara

Ibu pejabat
Konsortium E-Mutiara Berhad (677046-P),
No 55 Kg Panji, Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
16100 Kota Bharu, Kelantan.
Tel No: + 609-774 4955

Tempah Tiket Bas E-Mutiara Online

Kini, dengan kerjasama antara E-Mutiara dan BusOnlineTicket.com semua orang boleh menikmati akses 24/7 untuk menempah tiket bas E-Mutiara online. Tempahan secara online lebih awal adalah mudah dengan hanya beberapa klik sahaja. Tambahan lagi, anda dapat menjimatkan kos dan masa untuk pergi ke terminal. Anda boleh menyemak jadual bas E-Mutiara dan ketersediaan tiket bas E-Mutiara secara online dan ‘chup’ tempat duduk anda lebih awal sebelum tarikh perjalanan.

Tempah Tiket