Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis dan Tambang Bas
Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis
Tambang Paling Murah | RM 47.30 |
Jarak | 503 km |
Anggaran Masa | 7 hrs 10 min |
Bil. Pengusaha Bas | 12 operators |
Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis
Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis
Bas dari KL ke Kuala Perlis, selain daripada memberikan servis kepada warga tempatan, ia juga merupakan salah satu laluan yang terkenal di Malaysia. Ini kerana Kuala Perlis adalah pintu masuk kepada tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia iaitu Pulau Langkawi.
Tempoh, Perhentian, Harga dan Nota
Tempoh perjalanan dari KL ke Kuala Perlis biasanya mengambil masa lebih kurang 6-7 jam, bergantung kepada keadaan trafik. Bas akan bertolak dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan), dan sebahagian bas akan berhenti di Stesen Hentian Duta untuk mengambil penumpang. Sila maklum bahawa Stesen Hentian Duta adalah salah satu terminal bas di Kuala Lumpur.
Bas dari KL ke Kuala Perlis kebiasaannya mempunyai 1 waktu rehat tandas sepanjang perjalanan. Perhentian pertama bagi kebanyakan bas adalah terminal bas antara bandar Kangar, yang bertempat di Jalan Bukit Lagi bersebelahan dengan bangunan KWSP, sebelum menamatkan perjalanan di stesen bas Kuala Perlis. Jarak di antara terminal bas Kangar dan perhentian bas Kuala Perlis adalah 10km. Pengunjung yang mahu ke Pulau Langkawi boleh berjalan kaki dari perhentian bas Kuala Perlis ke Jeti Kuala Perlis iaitu 5 minit perjalanan dengan berjalan kaki, yang dipisahkan dengan deretan kedai yang mempunyai Maybank dan KFC.
Tambang bas untuk bas VIP dari KL ke Kuala Perlis adalah di antara RM 42.00 hingga RM 50.00, bergantung kepada pilihan bas. Ekspres Etika, Transnasional, Plusliner dan Ekspres Sri Maju adalah beberapa pengendali bas yang terkenal untuk pilihan penumpang. Kesemua bas dilengkapi dengan penyaman udara dan tempat duduk yang boleh dibaringkan untuk perjalanan yang selesa dari KL ke Kuala Perlis.
Perkhidmatan Feri dari Jeti Kuala Perlis ke Kuah di Langkawi
Perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi adalah perjalanan feri yang singkat dengan tambang yang murah, jika dibandingkan dengan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan Pulau Pinang ke Langkawi. Tempoh perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Kuah di Langkawi menggunakan feri laju adalah 1 jam 15 minit. Tambang feri pula ialah RM 18.00 untuk dewasa dan RM 13.00 untuk kanak-kanak.
Feri pertama akan berlepas pada pukul 7:00am dan feri terakhir pada pukul 7:00pm. Sila maklum bahawa tiada tempahan awal untuk perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Pengunjung boleh membeli tiket feri secara online atau di kaunter. Feri laju akan meninggalkan Jeti Kuala Perlis ke Kuah di Langkawi pada setiap jam atau bergantung kepada permintaan dan musim. Maka, pengunjung tidak perlu risau untuk menunggu lama di jeti Kuala Perlis jika hendak membeli tiket di kaunter.
Mengambil bas dari KL ke Kuala Perlis terbukti adalah perjalanan yang menarik kerana penumpang dapat melihat sawah padi yang luas terbentang di bahagian utara Malaysia. Sekarang adalah lebih mudah dengan membuat tempahan tiket bas dari KL ke Kuala Perlis secara online di BusOnlineTicket.com dengan pengesahan segera. Anda hanya perlu mempunyai akses internet untuk melakukan tempahan online di BusOnlineTicket.com.