Sehingga 30%* Offer! Guna Kod: FRENZY25 (Member Shj) Terma & Syarat »
+
img-bg

Terminal Bas KLIA2

Tempah Tiket Bas Online

Terminal Bas KLIA2
Terminal Bas KLIA2

Lokasi: KLIA2, Sepang, Selangor

Terminal Bas KLIA2

Terminal Bas KLIA2 merupakan hab pengangkutan penting di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), menyediakan akses mudah dan mampu milik untuk penumpang yang tiba atau berlepas dari lapangan terbang. Sama ada anda datang untuk bercuti, transit penerbangan, atau menuju ke Kuala Lumpur, Terminal Bas KLIA2 menawarkan sambungan perjalanan yang selesa ke seluruh Lembah Klang dan bandar utama di Malaysia.

Di manakah lokasi Terminal Bas KLIA2?
Terminal Bas KLIA2 terletak di Aras 1, dalam bangunan Gateway@KLIA2. Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2 mengambil masa kira-kira 50 minit dengan kereta.
Lihat di Google Map »

Tiket Bas KLIA2 Online

Penumpang boleh membeli tiket bas dari atau ke Terminal Bas KLIA2 secara online menerusi portal tiket dipercayai kami, BusOnlineTicket.com. Kami bekerjasama dengan banyak operator bas di seluruh Malaysia untuk memudahkan anda menempah tiket awal tanpa sebarang kerumitan.

Di bawah ialah antara laluan bas popular dari dan ke Terminal Bas KLIA2 yang boleh ditempah secara online:

*Harga & jadual tertakluk kepada perubahan oleh penyedia perkhidmatan. Semak jadual terkini dengan klik pada pautan.

Semak jadual untuk tiket bas online lain »

Operator Bas Popular di Terminal Bas KLIA2

✔️ Cara ke KLIA2

Perjalanan ke KLIA2 sangat mudah kerana terdapat pelbagai pilihan pengangkutan. Berikut cara-cara untuk anda sampai ke KLIA2 dan Terminal Bas KLIA2.

Dengan Kereta Api

Dengan Bas

  • Terdapat banyak bas terus dari dan ke KLIA2. Tempah tiket bas online ke pelbagai destinasi di BusOnlineTicket.com.
Tip Perjalanan Tambahan Bagaimana ke Genting Highlands dari KLIA2 dengan bas? Baca blog ini » Bagaimana untuk ke KLIA2 dari KL Sentral? Baca blog ini » Nak pilihan lebih murah dari KLIA2 ke TBS? Tonton video YouTube ini »

✔️ Cara Ke Terminal Bas KLIA2

Terminal Bas KLIA2 terletak di Aras 1, dalam bangunan Gateway@KLIA2. Untuk ke sana, anda boleh:

  1. Selepas tiba di KLIA2, pergi ke Aras 2.
  2. Cari dan ikut papan tanda “Bus Station” atau “Bus Terminal”.
  3. Turun eskalator ke Aras 1.
  4. Kaunter bas terletak bersebelahan KK Mart.

Kemudahan di Terminal Bas KLIA2

Terminal Bas KLIA2 menyediakan kemudahan asas untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar. Terdapat kaunter tiket untuk membeli dan menukar tiket bas, serta tempat duduk untuk penumpang menunggu bas.

Tambahan pula, kerana ia berada di dalam KLIA2, anda hanya perlu berjalan sedikit untuk mengakses pelbagai kemudahan lain:

  • Makanan: Pelbagai pilihan makanan segera & tempatan seperti McDonald’s, KFC, Old Town White Coffee, The Bar, PappaRich, Burger King dan banyak lagi.
  • Tandas: Tandas bersih disediakan di banyak lokasi dalam terminal.
  • Kedai Serbaneka: 7-Eleven, MyNews, FamilyMart dan lain-lain.
  • Bilik Bayi: Ruang menyusu yang lengkap ada di seluruh KLIA2.
  • Surau: Terletak di beberapa bahagian KLIA2.
  • Perkhidmatan Simpanan Barang: Penumpang boleh menyimpan bagasi di kaunter khas.

Hotel Berhampiran Terminal Bas KLIA2

Jika anda perlukan tempat penginapan berhampiran KLIA2, berikut antara pilihan popular:

Dalam KLIA2
Aerotel Kuala Lumpur (Airport Hotel): Gateway@KLIA2
CapsuleTransit KLIA2 (Capsule Hotel): Aras 1

Berhampiran KLIA2
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA: 7–10 minit dengan kereta
Tune Hotel KLIA2: jarak berjalan kaki
Sama-Sama Hotel KLIA: Terletak di KLIA, boleh naik shuttle percuma (5–10 minit) atau ERL (3 minit) ke KLIA, kemudian berjalan melalui skybridge

Kenapa Tempah Tiket Terminal Bas KLIA2 di BusOnlineTicket.com?

  • Tidak perlu log masuk untuk menempah
  • Kumpul mata ganjaran & tebus diskaun
  • Pelbagai kaedah pembayaran selamat termasuk eWallet
  • Portal tempahan online paling dipercayai
  • Pilihan sehingga 200 operator bas
  • Lebih 8,000 laluan bas



FAQ

Bagaimana cara membeli tiket bas dari atau ke Terminal Bas KLIA2?

Anda boleh membeli tiket terus di kaunter bas KLIA2. Namun cara lebih mudah adalah menempah tiket bas KLIA2 ke KL Sentral secara online di BusOnlineTicket.com atau melalui aplikasi mudah alih BusOnlineTicket.

Perlu daftar akaun untuk beli tiket bas KLIA2 secara online?

Tidak perlu. Tetapi anda digalakkan untuk daftar supaya anda boleh kumpul mata ganjaran dan tebus diskaun untuk tempahan akan datang. Ahli juga dapat nikmati BOT GoFlexi dan pelbagai diskaun eksklusif lain.

Operator bas mana yang tersedia untuk tempahan online?

Kami mempunyai sehingga 200 operator bas yang boleh ditempah. Anda boleh lihat senarai penuh operator bas di laman web kami. Antara yang popular di Terminal Bas KLIA2 ialah Aerobus, Airport Coach, Star Shuttle Express, Starmart Express, YoYo Express dan banyak lagi.

Laluan bas apa yang tersedia untuk tempahan online?

Kami menyediakan lebih 8,000 laluan tiket bas termasuk perjalanan antara Malaysia-Singapura dan Malaysia-Thailand. Anda boleh menempah tiket bas KLIA2 untuk ke Genting Highlands, Penang, Ipoh dan banyak lagi. Semak ketersediaan perjalanan online sekarang!

Perlu cetak apa-apa untuk naik bas jika tempah tiket online?

Anda boleh tunjukkan Pengesahan Tempahan yang dihantar ke email anda untuk menukar tiket kertas di kaunter Terminal Bas KLIA2 sebelum menaiki bas. Kebanyakan pengesahan tempahan adalah serta-merta. Jika anda tidak menerima email dalam masa 30 minit, sila hubungi khidmat pelanggan kami melalui email atau hubungi kami.

Adakah harga tiket berbeza untuk warga asing dan warga tempatan?

Tidak. Harga tiket adalah sama untuk semua, termasuk warga tempatan dan pelancong.

Terminal Lain di Kuala Lumpur

4.1