Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Mersing dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Cepat Express 03:30 03:30 1 M T W T F S S  RM 38.00
Sanwa Express 05:00 23:30 16 M T W T F S S  RM 30.00
Transnasional 09:00 23:30 4 M T W T F S S  RM 37.50
Bas dari Kuala Lumpur ke Mersing
Tambang Paling MurahRM30.00
Jarak342 km
Anggaran Masa5 hrs 25 min
Bil. Pengusaha Bas3 operators

Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Mersing

Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Mersing

Bas dari KL ke Mersing

Bas dari KL ke Mersing adalah antara cara untuk ke Pulau Tioman dari KL kerana Mersing mempunyai jeti untuk ke Pulau Tioman. Pengunjung yang ingin ke Pulau Tioman selalunya akan ke Jeti Mersing untuk mengambil feri ke Pulau Tioman yang disediakan oleh Bluewater Express Speed Ferry.

Pulau Tioman adalah syurga untuk penyelam. Setiap tahun, beribu pengunjung datang ke Pulau Tioman untuk menyelam pada waktu bukan monsun di pertengahan tahun.

Pengusaha Bas, Tempoh Perjalanan, Harga Tiket dan Perhentian

Transnasional adalah jenama bas terkenal yang menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Mersing. Masyarakat tempatan menyukai bas Transnasional kerana mereka menepati masa. Bas lain yang menawarkan perkhidmatan bas berkualiti adalah S&S International. Harga tiket bas Transnasional dari KL ke Mersing adalah dari RM 33.00.

Bas ke Mersing dari KL bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). TBS adalah antara terminal bas utama di bahagian selatan Kuala Lumpur. Tempat ketibaan bas di Mersing adalah di Terminal Bas Mersing. Jeti Mersing terletak hanya dalam 10 minit berjalan kaki dari terminal bas. Jika anda mempunyai banyak bagasi atau beg untuk dibawa, boleh ambil teksi dengan tambang lebih kurang RM 10.00 seperjalanan.

Tempoh perjalanan bagi bas ke Mersing dari KL mengambil lebih kurang 4-5 jam bergantung kepada keadaan trafik. Bas akan berhenti jika ada yang perlu ke tandas semasa perjalanan.

BusOnlineTicket.com menyediakan pilihan pembayaran secara offline di 7-Eleven (hanya di kawasan Lembah Klang sahaja) selain daripada pilihan pembayaran secara online menggunakan kad kredit. Ini memudahkan mereka yang ingin tempah tiket bas online tanpa kad kredit.

Anda boleh tempah tiket bas online dan simpan tempat duduk bagi bas dari KL ke Mersing terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran secara tunai dalam 48 jam di mana–mana cawangan 7-Eleven di Klang Valley.