MAKLUMAT AM

Terdapat dua stesen bas utama di Kuantan, Pahang. Bas tempatan atau bas domestik terletak di Kuantan Sentral yang baru di Indera Mahkota. Manakala, bas ekspres masih menggunakan Terminal Makmur lama di Jalan Stadium.

Kuatan Sentral, dengan anggaran kos sebanyak RM50 bilion telah dibuka pada bulan Ogos 2013. Terminal ini terletak 11km dari terminal bas lama. Ia mempunyai 40 ruang untuk bas, 365 tempat letak kereta serta 176 ruang untuk motosikal.

CARA UNTUK KE KUANTAN SENTRAL

Dengan bas – Perjalanan dari KL ke Kuantan dengan bas mengambil masa kira-kira 4 jam. Kebanyakan bas ke Kuantan bertolak dari Jalan Pekeliling di Titiwangsa.

Dengan kereta – KL dan Kuantan dihubungkan oleh Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur yang baru. Jarak dari KL ke Kuantan adalah kira-kira 250km dan tempoh perjalanan dianggarkan 3 hingga 3.5 jam. Anda boleh memilih untuk keluar melalui Gambang atau Kuantan.

Selain itu, anda juga boleh memilih Laluan Persekutuan tanpa tol tetapi trafiknya lebih perlahan.

KEMUDAHAN

Seperti biasa, Kuantan Sentral mempunyai penghawa dingin, tandas, surau, gerai makanan dan kiosk tiket. CCTV juga telah dipasang lengkap untuk memudakan urusan memantai keselamatan di kawasan sekitar.