Plan berubah? Tiada masalah! Kami ada BOT GoFlexi
+

Alya Express

Alya Express

Alya Express adalah salah satu pengusaha bas yang popular berpusat di Banting, Selangor. Alya Express khusus dalam menyediakan perjalanan antara Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Alya Express menyediakan beberapa lokasi untuk pelanggan mereka naik dan turun dari bas. Sekiranya anda hendak ke Kelantan dari Selangor, anda boleh menaiki bas dari Taman Banting Baru, Sijangkang, Terminal Bas Shah Alam dan Banting, manakala tempat ketibaan adalah di Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Terminal Kota Bahru.

Sekiranya anda ingin ke Selangor dari Kelantan, bas akan mengambil penumpang di Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tanah Merah. Di Selangor, bas akan tiba di Taman Banting Baru, Sijangkang, Terminal Bas Shah Alam atau Banting. Tambahan lagi, sekiranya anda ingin ke Kuala Lumpur bas juga akan berhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Alya Express banyak menggunakan bas yang mempunyai 30 tempat duduk untuk perkhidmatan bas mereka. Bas-bas yang dikendalikan oleh Alya Express kesemuanya berhawa dingin supaya para penumpang berasa nyaman dan tidak terganggu dengan cuaca panas di Malaysia. Tempat duduk boleh laras dan ruang kaki yang luas juga membolehkan penumpang duduk dengan selesa semasa perjalanan.

Selain itu, kakitangan dan pemandu bas Alya Express adalah terlatih bagi memastikan keselamatan penumpang terjaga. Dengan semua kemudahan yang tersedia dan perkhidmatan pelanggan yang baik, para penumpang Alya Express dapat menikmati perjalanan yang selesa ke destinasi mereka.

Alamat dan No Telefon Alya Express
No 9, Jalan BB 1/1,
Taman Banting Baru,
42700 Banting, Selangor
Phone: +6019-4957928
Email: alyaxpress888msia@gmail.com

Alya Express Jadual & Tiket

Cari

g/js/select_operator_wpTrips.js?v0.4.0">