Bas dari Penang ke Kota Bharu

Eksklusif untuk Ahli Baru! Guna Kod: BOTNEW dan nikmati Tawaran 50%* untuk tempahan pertama. Tertakluk T&S.

Jadual Bas dari Penang ke Kota Bharu dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
E-Mutiara 08:30 21:00 6 M T W T F S S  RM 41.70
Perdana Express 08:30 21:00 8 M T W T F S S  RM 41.50
Permata Utara Sdn Bhd 09:15 21:15 4 M T W T F S S  RM 41.00
Queen Express 09:00 21:00 4 M T W T F S S  RM 55.00
Transnasional 09:00 21:30 12 M T W T F S S  RM 41.30
Bas dari Penang ke Kota Bharu
Tambang Paling MurahRM 41.00
Jarak335 km
Anggaran Masa7 hrs 15 min
Bil. Pengusaha Bas5 operators

Pengusaha Bas Popular dari Penang ke Kota Bharu

Panduan Bas dari Pulau Pinang ke Kota Bahru

Bas dari Pulau Pinang ke Kota Bahru

Bas dari Pulau Pinang ke Kota Bahru adalah salah satu laluan pelancong di Malaysia yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Kota Bahru, di mana merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian. Selepas menghabiskan percutian di Pulau Pinang dengan tarikan seperti Kuil Kek Lok Si, lukisan dinding oleh artis Lithuanian Ernest Zacharevic, Tapak Warisan Unesco, The Streets of Georgetown dan lain-lain, segelintir pelancong akan meneruskan percutian di Pulau Perhentian untuk menikmati pasir pantai yang putih dikelilingi oleh air yang jernih. Bas dari Pulau Pinang ke Kota Bahru adalah pilihan yang paling mudah.

Pintu Masuk ke Pulau Perhentian - Kota Bahru

Setelah sampai di Terminal bas Kota Bahru dari Pulau Pinang, terdapat perkhidmatan teksi dan van mini yang akan menghantar penumpang ke Jeti Kuala Besut. Harga teksi ke Jeti Kuala Besut adalah RM 80.00 sehala. Untuk van mini pula adalah berharga RM 35.00 seorang untuk perjalanan sehala.

Bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa 30 minit perjalanan dengan menggunakan bot laju. Bot laju dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian memulakan operasi dari 9:00am hingga 5:00pm. Jeti Kuala Besut tidak mempunyai waktu feri yang tetap. Feri akan berlepas apabila mempunyai penumpang yang mencukupi.

Tempoh, Harga, Perhentian dan Nota

Harga bas dari Penang ke Kota Bahru adalah RM 41.20, yang dikendalikan oleh Transnasional, iaitu pengendali bas yang terbesar dan kukuh di Malaysia. Mereka beroperasi dari 9:00am hingga 9:00pm setiap hari dari Pulau Pinang ke Kota Bahru

Tempoh masa untuk bas dari Pulau Pinang ke Kota Bahru mengambil masa 7 jam,bergantung kepada keadaan trafik semasa. Apabila penumpang mengambil bas padapukul 9:00pm, jangka masa untuk tiba di Terminal bas Kota Bahru adalah pada pukul 4am. Kemudiannya, masa perjanalan ke Kuala Besut dengan menaiki teksi atau van mini adalah 1 jam. Pelancong akan sampai tepat untuk mengambil feri paling awal ke Pulau Perhentian.

Sila maklum bahawa semua bas berlepas dari Terminal Bas Sungai Nibong Pulau Pinang.

Menaiki bas dari Pulau Pinang ke Kota Bahru adalah mudah, ekonomi dan selesa. Sekarang lebih mudah dengan menempah di BusOnlineTicket.com untuk perjalanan dari Pulau Pinang ke Kota Bahru dengan pengesahan segera. Kerana jadual bas adalah terhad, tempah tiket anda dalam talian dari Pulau Pinang ke Kota Bahru untuk perjalanan akan datang untuk mengelakkan kekecewaaan dalam percutian anda dari Pulau Pinang ke Pulau Perhentian yang cantik.