Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Darul Naim Express 10:45 22:30 3 M T W T F S S  RM 44.00
Destinasi Express 09:30 21:45 6 M T W T F S S  RM 44.00
E-Mutiara 09:30 22:00 6 M T W T F S S  RM 44.00
Ekspres Musafir 09:45 21:45 2 M T W T F S S  RM 34.00
Lienadia Express 22:00 22:00 4 M T W T F S S  RM 44.20
Maraliner 22:45 22:45 2 M T W T F S S  RM 44.00
MyXPress (Jasa Sinaran Express) 09:30 22:00 6 M T W T F S S  RM 35.00
Naza Express 09:30 23:00 17 M T W T F S S  RM 44.00
Pancaran Matahari Express 21:30 22:00 2 M T W T F S S  RM 45.00
Perdana Express 10:00 22:00 8 M T W T F S S  RM 44.00
Queen Express 09:30 22:00 8 M T W T F S S  RM 44.00
Sani Express 09:30 23:00 10 M T W T F S S  RM 34.00
Zaim Express 09:05 21:30 2 M T W T F S S  RM 44.20
Bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu
Tambang Paling MurahRM34.00
Jarak444 km
Anggaran Masa9 hrs 30 min
Bil. Pengusaha Bas13 operators

Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu

Tips Bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru

Bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru

Bas dari KL ke Kota Bharu, Kelantan adalah cara paling mudah dan ekonomi untuk ke negeri di Pantai Timur itu.

Bas vs Kereta Api

Kereta api lazimnya menawarkan perkhidmatan yang lebih selesa berbanding bas. Tetapi, reka bentuk bas yang semakin moden telah menambah baik kondisi dan kualiti bas ekspres. Bas kini mempunyai tempat duduk boleh laras dan ruang kaki yang luas menjadikan bas ekspres sama selesa dengan kereta api.

Selain itu, menaiki bas dari KL ke Kota Bharu adalah lebih cepat berbanding kereta api. Hal ini kerana kereta api dari KL perlu ke selatan untuk transit di Gemas sebelum mengambil perkhidmatan kereta api Pantai Timur yang menuju ke Kota Bharu. Oleh itu, menaiki bas pastinya lebih menjimatkan kerana bas boleh pergi terus ke Kota Bharu.

Bas vs Kapal Terbang

Kapal terbang sudah pasti pilihan yang lebih cepat untuk ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur. Hanya perlu 1 jam perjalanan dan anda akan sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra) berbanding dengan bas yang mengambil masa lebih kurang 9 jam untuk sampai.

Walau bagaimanapun, harga tiket kapal terbang ke Kota Bharu selalunya jauh lebih mahal dari harga tiket bas lebih-lebih lagi jika anda tidak menempah tiket lebih awal dan ingin ke Kota Bharu pada hujung minggu. Maka, menaiki bas sangat digalakkan terutama untuk mereka yang kerap ulang alik antara KL dan Kota .

Pengusaha Bas, Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas dan Perhentian

Ekspres Perdana, E-Mutiara, Queen Express dan Lienadia Express adalah beberapa jenama bas terkenal yang menyediakan bas dari KL ke Kota Bharu. Penduduk tempatan menggemari bas-bas ini kerana keselesaan, ketepatan masa dan mempunyai lebih banyak jadual untuk dipilih.

Selain pengendali ini, Sani Express dan Ekspres Musafir juga menawarkan perkhidmatan bas untuk laluan ini dengan harga tiket termurah dari RM 34.00. Kedua-dua pengusaha bas ini menawarkan perjalanan bermula seawal 9:30 pagi dan bas terakhir bertolak pada pukul 10:00 malam. Anda boleh memeriksa ketersediaan perjalanan dan tiket mereka dengan mudah di laman web kami.

Tambang bas untuk bas dari KL ke Kota Bharu dari RM34.00 hingga RM 44.00. Tempoh yang diperlukan untuk bas dari KL ke Kota Bharu mengambil masa sekitar 9 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas. Sekurang-kurangnya satu perhentian untuk ke bilik air dan pengurusan diri ada diperuntukkan.

Tempat Menaiki dan Turun Bas

Tempat bertolak bagi kebanyakan bas ke Kota Bharu di KL adalah di TBS (Terminal Bersepadu Selatan). TBS terletak di selatan pusat bandar. Penumpang boleh ke TBS dengan mudah kerana terminal bas tersebut bersambung dengan Stesen LRT Bandar Tasek Selatan di Laluan Ampang. Sementara itu, tempat turun bas di Kota Bharu adalah di Terminal Bas Kota Bharu, berdekatan dengan Tesco.

Tiket Bas Online KL ke KB

Tempahan tiket online bagi bas dari KL ke Kota Bharu di BusOnlineTicket.com adalah mudah dan boleh dipercayai. Dengan menempah tiket di BusOnlineTicket.com, anda tidak perlu bersusah payah untuk ke terminal bas semata-mata untuk membeli tiket. Tambahan lagi, keadaan trafik di KL adalah sesak dan yuran tiket letak kereta juga mahal. Bagi mereka yang tidak memiliki kad kredit, BusOnlineTicket.com menyediakan pelbagai kaedah pembayaran lain seperti perbankan online dan e-wallet.

Nikmati perjalanan yang mudah dan senang dengan BusOnlineTicket.com hari ini!