Bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan
Jadual Bas dari KL ke Kuantan >>

Bas dari KL ke Kuantan adalah pengangkutan yang terbaik untuk perjalanan dari KL ke Kuantan kerana tiada perkhidmatan kereta api dari KL ke Kuantan dan penerbangan adalah tidak begitu sesuai berbanding bas. Selain itu bas adalah selesa, lebih murah dan lebih mudah.

Pengendali bas, Tempoh, Harga dan Perhentian

Ekpres Etika, Transnasional dan Plusliner adalah tiga jenama bas terkenal yang menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Kuantan. Warga tempatan memilih jenama bas inikerana masa pelepasan yang menepati masa. Pengendali bas berkualiti yang lain adalah Konsortium. Tambang bas dari KL ke Kuantan adalah di antara RM 21.90 ke RM 24.00

Tempoh perjalanan bas dari KL ke Kuantan mengambil masa 3 ke 3.5 jam bergantung kepada keaadan trafik di Lebuhraya Karak. Waktu rehat tandas hanya akan disediakan apabila terdapat permintaan kepada pemandu bas sepanjang perjalanan..

Tempat perlepasan untuk bas ke Kuantan di Kuala Lumpur adalah di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) atau terminal bas Pekeliling. Ekspres Etika dan Konsortium berlepas dari TBS, manakala Transnasional dan Plusliner berlepas dari TBS dan terminal bas Pekeliling. Terminal bas Pekeliling adalah terminal bas kecil yang terletak di Jalan Pekeliling. Stesen LRT terdekat adalah Stesen Titiwangsa dari Garisan LRT Kuning. Tempat ketibaan di Kuantan adalah di terminal bas baru, Kuantan Sentral yang terletak di Indera Mahkota.

Anda boleh menempah bas tiket dari KL ke Kuantan secara online di BusOnlineTicket.com, iaitu laman web bereputasi baik yang telah melancarkan perkhidmatan tempahan online semenjak 2007. Tempahan tiket bas dari KL ke Kuantan adalah mudah, menjimatkan dan senang terutamanya di Kuala Lumpur di mana trafik adalah sesak dan harga tempat meletak kenderaan adalah mahal. Selain itu, pelancong boleh menjimatkan masa dan duit untuk membeli di kaunter. Baru-baru ini, BusOnlineTicket.com telah melancarkan pembayaran di luar talian di 7-Eleven sekitar Lembah Klang, yang menyediakan kemudahan untuk pelancong yang tidak mempunyai kad kredit.


Jadual Bas dari KL ke Kuantan