Perjalanan dengan mudah di antara Port Dickson, Tampin, JB & Banyak Lagi
Bayangkan menempuh perjalanan selama 40-50 minit hanya untuk menaiki bas di Terminal Bas Seremban. Bagi penduduk yang tinggal di Port Dickson dan kawasan sekitarnya, ini adalah perkara biasa. Ini kerana terminal di Seremban adalah penghubung utama ke bandar-bandar di negeri lain melalui bas ekspres. Terminal bas di Seremban mempunyai lebih banyak perkhidmatan bas yang meliputi lebih banyak laluan. Melihat keadaan ini, LA Holidays terpanggail untuk membantu dan menawarkan perkhidmatan bas mereka untuk penduduk tempatan di kawasan ini supaya mereka dapat melakukan perjalanan dengan lebih mudah.
LA Holidays adalah salah satu pengusaha bas yang popular dalam kalangan penumpang kerana kualiti perkhidmatannya yang konsisten. Bas mereka kebanyakannya dilengkapi dengan WiFi dan port USB serta mempunyai sistem penyaman udara dan tempat duduk boleh laras. Reka bentuk bas mereka baru dan dalamannya luas bagi memberikan keselesaan terbaik untuk penumpang mereka.
Perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh LA Holidays termasuk:
Di Johor Bharu, tempat mengambil dan menurunkan penumpang terletak di Larkin Sentral dan KFC Petronas Jalan Skudai. Bas domestik boleh didapati di kedua-dua tempat ini. Di lokasi lain, tempat mengambil dan menurunkan penumpang terletak di terminal bas di kawasan masing-masing.
Dengan adanya perkhidmatan bas baru ini, penumpang tidak perlu lagi pergi ke Seremban untuk menaiki bas. Naik dengan LA Holidays dan nikmati perjalanan terus ke destinasi anda. Selain itu, membuat tempahan dalam talian lebih mudah dan jimat. Periksa jadual bas, rancang perjalanan anda dan dapatkan tiket anda secara dalam talian dengan mudah. Cuba perkhidmatan kami hari ini!