LA Holidays Menawarkan Perkhidmatan Bas Antara Johor Bahru dan Kuantan

LA Holidays Perkhidmatan Bas Antara Johor Bahru dan Kuantan dari RM33.00

PROMOSI TIKET RM3!
? Tiket bas LA Holidays antara Johor Bahru dan Kuantan/UMP Gambang
? Daftar & Dapatkan Kod (hanya satu tiket dengan harga RM3 untuk setiap kod)
TEMPAH SEKARANG untuk perjalanan antara 25/9/2019 and 24/10/2019

Tiket Dibuka Untuk Tempahan: Bas Antara Johor Bahru dan Kuantan dengan LA Holidays

Kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda bahawa LA Holidays telah melancarkan perkhidmatan bas baru antara Johor Bahru dan Kuantan. Dengan perkhidmatan tempahan dalam talian di BusOnlineTicket.com, semua orang kini boleh menempah tiket bas LA Holidays online dan dapat menjimatkan masa dan kos untuk pergi ke terminal bas untuk membeli tiket bas. Semak perjalanan yang ada di antara Johor Bahru dan Kuantan di BusOnlineTicket.com sekarang!

LA Holidays Express adalah syarikat bas ekspres yang agak baru dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Selain daripada perkhidmatan bas ekspres sendiri, LA Holidays Express juga merupakan rakan kongsi KKKL Express dan menyediakan bas dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuala Lumpur ke Johor, Genting Highlands ke Singapura, dan Genting Highlands ke Johor. Dengan rekod prestasi mereka yang cemerlang, penumpang selesa menggunakan perkhidmatan bas LA Holidays Express ke destinasi mereka.

Laluan bas baru yang ditawarkan oleh La Holidays adalah seperti berikut:

Harga tiket bas antara Johor Bahru dan Kuantan adalah berpatutan dari RM33.00 per tiket. Tempat menaiki dan turun bas di Johor Bahru terletak di Larkin Sentral sementara tempat menaiki dan turun bas di Kuantan terletak di Terminal Bas Kuantan Sentral. Tambahan lagi, LA Holidays juga akan menaik dan turun penumpang di UMP bagi memudahkan pelajar UMP. Sila ambil perhatian bahawa jadual perkhidmatan bas baru LA Holidays antara Larkin dan Kuantan Sentral bermula dari 30 Ogos 2019, tetapi jadual bas mereka sudahpun dibuka untuk tempahan sekarang!

Oleh itu, tempah tiket bas anda lebih awal sebelum tarikh perjalanan supaya anda tidak perlu risau akan risiko kehabisan tiket bas. Semua tempahan yang dibuat melalui BusOnlineTicket.com akan segera disahkan apabila pembayaran berjaya diterima. Dapatkan tiket bas LA Holidays dan nikmati perjalanan selesa antara Johor Bahru dan Kuantan sekarang!