Jadual Bas dari Kuantan ke Melaka >>
Bas dari Kuantan ke Melaka memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat di antara dua bandar itu. Antara sebab penduduk di Kuantan melawat Melaka adalah kerana ia merupakan suatu destinasi menarik di Malaysia. Di sana terdapat tapak-tapak bersejarah, hidangan tradisi makanan Nyonya, dan pasar malam popular, Jonker Street.
Pengusaha Bas dari Kuantan ke Melaka
Transnasional dan Maraliner adalah dua pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan dari Kuantan ke Melaka. Transnasional adalah pengangkutan nasional di bawah kumpulan kerajaan KTB. Oleh itu, ia menepati masa dan perkhidmatannya diyakini oleh kebanyakan penduduk tempatan yang pernah menggunakan perkhidmatan ini. Maraliner juga bernaung di bawah kerajaan dan turut dikenali dengan ketepatan masa serta perkhidmatan bas yang selesa.
Terdapat 7 perlepasan harian bas yang dijadualkan untuk laluan ini. Perlepasan paling awal adalah pada 1.00 a.m. dan perlepasan terakhir adalah pada 6.00 p.m. Semua bas bertolak dari Terminal Bas Kuantan Sentral dan tiba di Terminal Bas Melaka Sentral.
Tempoh, Harga Tiket, Jenis Bas
Perjalanan dari Kuantan ke Melaka mengambil masa kira-kira 4.5 jam, sepanjang 373 km. Tempoh tersebut berkemungkinan menjadi lebih lama bergantung pada keadaan trafik dan cuaca. Bas akan berhenti untuk penumpang ke tandas kerana hampir kesemua bas di Malaysia tidak menyediakan kemudahan tandas di dalam bas.
Harga tiket bas dari Kuantan ke Melaka adalah antara RM 27.20 hingga RM 30.70, bergantung pada pemilihan pengusaha bas anda.
Daripada 3 jadual perlepasan yang ditawarkan, Transnasional menggunakan dua bas VIP 30 tempat duduk untuk perjalanan waktu malam pada 1.00 a.m. dan waktu tengahari pada 1.30 p.m. Perjalanan pada 8.30 a.m. pula menggunakan bas biasa 39 tempat duduk. Maraliner menggunakan bas dua tingkat 45 tempat duduk untuk setiap perjalanan mereka. Oleh itu, penumpang boleh memilih jadual waktu yang bersesuaian bagi mengelakkan kekecewaan.
Bercadang untuk melawat Melaka dari Kuantan? Sila layari portal tempahan online BusOnlineTicket.com untuk menempah tiket bas anda. Memandangkan jadual bas laluan ini terhad, penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket bas lebih awal bagi mendapatkan tempat duduk. Anda boleh menempah tiket bas bila-bila masa dan di mana jua dengan hanya satu klik.