Bas dari Kuantan ke Kota Bharu

Jadual Bas dari Kuantan ke Kota Bharu >>

Bas dari Kuantan ke Kota Bharu memainkan peranan penting untuk menghubungkan masyarakat antara dua ibu negeri itu. Oleh kerana tiada perkhidmatan penerbangan dan keretapi, bas sentiasa menjadi pengangkutan pilihan untuk ke Kota Bharu dari Kuantan.

Pengusaha Bas dari Kuantan ke Kota Bharu

Transnasional dan Ekspres Perdana adalah dua pengusaha bas yang menawarkan bas dari Kuantan ke Kota Bharu. Mereka menawarkan sehingga 18 jadual setiap hari dari 8.45 pagi hingga 11.30 malam. Transnasional mempunyai 13 perlepasan harian dari Kuantan ke Kota Bharu manakala Ekspres Perdana menawarkan antara 2 hingga 5 perlepasan harian.

Ekspres Perdana adalah jenama yang giat membangun sejak beberapa tahun yang lepas. Mereka menggunakan bas dua tingkat dengan tempat duduk VIP yang luas untuk laluan dari Kuantan ke Kota Bharu. Ramai penumpang gemar pada jenama bas ini kerana perkhidmatan mereka berkualiti dan perjalanan bas mereka juga selesa.

Transnasional adalah syarikat bas terbesar di Malaysia. Bas Club Class (39) mereka menawarkan kedua-dua jenis tempat duduk biasa dan tempat duduk VIP yang luas. Kebanyakan penumpang adalah pelanggan tetap mereka sejak zaman kanak-kanak lagi.

Harga Tiket, Tempoh dan Perhentian

Harga tiket bas adalah dalam lingkungan RM 34.60 – RM 35.00. Perjalanan bas dari Kuantan ke Kota Bharu mengambil masa kira-kira 5.5 jam, sepanjang 370 km. Kebiasaannya, bas akan menyediakan 1 perhentian ke tandas untuk penumpang.

Semua bas ekspres bertolak dari Terminal Kuantan Sentral, termasuk Transnasional dan Ekspres Perdana. Terminal Kuantan Sentral terletak di Indera Mahkota Kuantan. Tempat ketibaan adalah di Kota Bharu iaitu Terminal Bas Kota Bharu yang terletak di belakang Tesco Kota Bharu atau bersebelahan pusat beli-belah AEON. Selain itu, Transnasional turut menurunkan penumpang di depan KFC Pasir Tumboh.

Tempah tiket bas anda dari Kuantan ke Kota Bharu dengan lebih awal di BusOnlineTicket.com untuk menjamin tempat duduk anda bagi mengelakkan kekecewaan. Dengan kemudahan pengesahan segera serta ruang pembayaran online yang terjamin dan boleh dipercayai, reputasi BusOnlineTicket.com telah meningkat sebagai sebuah portal tempahan online paling popular dalam kalangan pelanggan sejak beberapa tahun ini.


Jadual Bas dari Kuantan ke Kota Bharu