Bas dari KL ke Kuala Krai

Jadual Bas dari KL ke Kuala Krai >>

Bas dari KL ke Kuala Krai adalah pengangkutan yang disarankan untuk penduduk tempatan. Jika dibandingkan dengan kereta api, bas adalah lebih cepat kerana perkhidmatannya yang terus ke Gemas. Untuk mereka yang mengambil kereta api, mereka perlu pergi ke Gemas dari KL menggunakan keretapi ETS. Di stesen Gemas, mereka perlu tukar ke kereta api lain untuk ke Kuala Krai. Oleh kerana rumit menaiki keretapi, bas adalah pilihan yang disarankan untuk ke Kuala Krai dari KL.

Pengusaha Bas dari KL ke Kuala Krai

Ekspres Perdana, Transnasional, Queen Express, Maraliner dan Cepat Express adalah pengusaha-pengusaha bas terkemuka yang menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Kuala Krai. Terdapat lebih dari 10 kali jadual perlepasan dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Kuala Krai pada setiap hari.

Ekspres Perdana beroperasi menggunakan bas VIP dua tingkat sementara Transnasional menggunakan bas VIP satu tingkat. Kedua-dua bas tersebut mempunyai 3 tempat duduk sebaris. 3 tempat duduk sebaris ini memastikan penumpang mempunyai tempat duduk yang luas dan ruang kaki yang cukup sepanjang perjalanan.

Tempoh, Harga Tiket Bas, Perhentian dan Nota

Harga tiket bas dari KL ke Kuala Krai adalah RM44.00 bergantung pada jenis bas. Tempoh bas dari KL ke Kuala Krai mengambil masa kira-kira 6.5 jam bergantung pada keadaan trafik. Satu kali perhentian disediakan untuk penumpang ke tandas.

Sila ambil perhatian bahawa Transnasional ada dua tempat ketibaan di Kuala Krai iaitu Stesen Bas Kuala Krai dan Dataran Peladang Kuala Krai. Bas tersebut akan berhenti satu tempat sahaja mengikut perjalanan. Oleh itu, pastikan anda memilih perjalanan yang tepat dengan menentukan tempat ketibaan anda semasa menempah tiket.

Ekspress Perdana pula berhenti di tepi jalan Guchil di Kuala Krai.

Menempah tiket bas online dengan BusonlineTicket.com adalah mudah. Ia menjimatkan masa penumpang dari pergi ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) untuk membeli tiket di kaunter.


Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai