Bas dari Johor Bahru ke Machang

Bas dari Johor Bahru ke Machang

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Machang >>

Bas dari Johor Bahru ke Machang adalah pengangkutan yang cepat dan mudah berbanding keretapi dan penerbangan.

Keretapi, Penerbangan atau Bas dari Johor Bahru ke Machang?

Pertama, keretapi dari Johor Bahru ke Machang bukanlah perkhidmatan berterusan. Penumpang perlu untuk tukar di Gemas. Kedua, tempoh menaiki tren adalah lebih lama berbanding penerbangan dan bas. Oleh itu, keretapi bukan pilihan utama di kalangan penduduk tempatan.

Penerbangan adalah perjalanan paling cepat untuk ke Kota Bharu dan boleh menaiki teksi atau bas ke Machang. Oleh kerana tiket penerbangan ke Kota Bharu adalah mahal, penerbangan tidak menjadi pilihan yang disarankan untuk masyarakat tempatan.

Bas adalah pilihan yang disarankan untuk masyarakat tempatan terutama bagi mereka yang bekerja. Itu kerana bas semalaman bertolak dari Johor Bahru pada waktu malam. Ia akan tiba di Machang pada pagi seterusnya sesuai untuk mereka yang bekerja dengan jadual padat. Mereka boleh meluangkan masa setiap hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan di kampung mereka iaitu Machang.

Pengusaha Bas, Tempoh, Harga Tiket, Nota

Ekspres Perdana adalah satu-satunya syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan dari Johor Bahru ke Machang. Ekspres Perdana menyediakan 1 kali perlepasan iaitu 8.45 malam setiap hari.

Perjalanan dari Terminal Bas Johor Bahru Larkin ke Terminal Bas SKMK Machang mengambil masa kira-kira 9-10 jam bergantung pada keadaan trafik. Setelah tiba di Terminal Bas SKMK Machang, penumpang yang ingin ke Machang perlulah turun bas. Ini kerana bas yang sama akan meneruskan perjalanan ke Pasir Mas sebelum berhenti di Kota Bharu.

Harga tiket bas adalah RM 65.00 lebih mahal berbanding harga tiket tren tetapi ia tidak menghalang penjualan tiket bas. Penumpang lebih suka mengambil bas semalaman kerana mereka hanya perlu bermalam di dalam bas sepanjang perjalanan. Sila ambil perhatian harga tiket akan naik semasa musim perayaan seperti Hari Raya.

Penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket online terlebih dahulu bagi mengelakkan kekecewaan kerana perkhidmatan bas terhad dari Johor Bahru ke Machang. Cara terbaik ialah menempah tiket bas di BusOnlineTicket.com yang boleh dipercayai dan portal diyakini pelanggan sepanjang tahun.


Jadual Bas dari Johor Bahru ke Machang

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian