Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Ipoh dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Billion Stars 08:30 21:30 7 M T W T F S S  RM 70.00
Kejora Masyhur Sdn Bhd 09:00 22:00 10 M T W T F S S  RM 55.00
KKKL SDN BHD (Terus Nanti) 21:45 22:45 4 M T W T F S S  RM 65.00
KPB Ekspress 08:30 22:30 5 M T W T F S S  RM 65.00
Mayang Sari Express 10:30 10:30 1 M T W T F S S  RM 55.00
Sin Yong Express 21:15 22:16 4 M T W T F S S  RM 70.00
Sri Maju Group 10:00 21:20 10 M T W T F S S  RM 70.00
Starmart Express 10:00 23:59 4 M T W T F S S  RM 70.00
Super Nice Grassland 08:30 23:20 38 M T W T F S S  RM 65.00
Bas dari Johor Bahru ke Ipoh
Tambang Paling MurahRM55.00
Jarak545 km
Anggaran Masa7 hrs 21 min
Bil. Pengusaha Bas9 operators

Pengusaha Bas Popular dari Johor Bahru ke Ipoh

Tip Bas dari Johor Bahru ke Ipoh

Bas dari Johor Bahru ke Ipoh

Bas dari Johor Bahru ke Ipoh adalah salah satu pengangkutan yang murah dan mudah untuk perjalanan ke Ipoh yang terkenal dengan Dim Sum Ipoh, Old Town Coffee dan Masakan Sayur Taugeh Ayam.

Kenapa mengambil perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Ipoh?

Tiada penerbangan tambang murah dari Johor Bahru ke Ipoh dan penerbangan yang ada adalah sangat terhad. Terdapat perkhidmatan kereta api yang boleh digunakan tetapi kerana masa perjalanan yang panjang, perkhidmatan kereta api selalunya tidak menjadi pilihan orang ramai.

Sebab lain kenapa perlu mengambil bas dari Johor Bahru ke Ipoh ialah kerana pelancong dapat mengambil bas malam untuk ke Ipoh dari Johor Bahru. Apabila anda bangun sahaja, anda sudah sampai di Ipoh. Maka, perjalanan bas malam dari Johor Bahru ke Ipoh sangat menjimatkan masa pelancong.

Tempoh, Tambang, Perhentian dan Nota

KKKL Express, Supernice Grassland, Sin Yong (KPB Express) dan City Holidays adalah beberapa pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Ipoh. Tempoh perjalanan mengambil masa 7-8 jam bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Tambang bas adalah di antara RM 33 – RM 75, bergantung kepada bas yang anda pilih. Semua bas dari Johor Bahru ke Ipoh mempunyai sekurang-kurangnya 27 tempat duduk VIP beserta penghawa dingin. Jadi, penumpang tidak perlu risau akan tahap keselesaaan di dalam bas sepanjang perjalanan.

Kebanyakan bas yang pergi ke Ipoh dari Johor Bahru akan berlepas dari Terminal Bas Larkin Johor. Ada juga bas yang akan mengambil penumpang di terminal bas Tun Aminah dan perhentian Sri Putri sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh. Terminal bas Tun Aminah dan perhentian Sri Putri adalah dua perhentian bas kecil di Johor Bahru.

Sepanjang perjalana, kebanyakkan bas akan menurunkan penumpang di beberapa tempat seperti Bidor, Tapah, Kampar dan Gopeng sebelum menamatkan perjalanan di Bas Terminal Amanjaya. Ada juga bas yang akan menurunkan penumpang di kawasan Medan Gopeng iaitu di Bandaraya Ipoh. Sila maklum bahawa terminal bas Aman Jaya terletak 10-15 minit perjalanan kereta dari bandaraya Ipoh.

Tiket Bas Online JB ke Ipoh

Penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket bas Johor Bahru ke Ipoh lebih awal secara online di BusOnlineTicket.com. Ini dapat menghilangkan kerisauan kerana semuanya telah lengkap sebelum memulakan perjalanan. Menempah tiket untuk perjalanan anda dari Johor Bahru ke Ipoh di laman web BusOnlineTicket.com yang bereputasi baik adalah selamat dan mudah.

Selain itu, BusOnlineTicket.com menawarkan Program Kesetiaan terbaik yang memberi manfaat kepada mereka yang kerap menaiki bas di mana anda boleh memperoleh BOT Miles dengan setiap tempahan dan menebus sehingga RM50 untuk tempahan akan datang.