Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
Adam Express 12:00 23:00 3 M T W T F S S  RM 43.50
Adik Beradik Express 10:30 23:00 7 M T W T F S S  RM 43.50
Alibaba Express 10:00 23:30 2 M T W T F S S  RM 65.00
Darul Iman Express 10:00 23:00 7 M T W T F S S  RM 43.80
E-Mutiara 10:00 22:15 3 M T W T F S S  RM 43.80
Ekspres Musafir 14:30 22:30 2 M T W T F S S  RM 33.80
Kesatuan Express 11:30 21:00 3 M T W T F S S  RM 43.60
Maraliner 10:00 22:00 2 M T W T F S S  RM 42.60
Prisma Express 14:00 23:59 2 M T W T F S S  RM 45.00
Sani Express 09:30 23:55 7 M T W T F S S  RM 43.00
Sani Express 09:30 23:30 3 M T W T F S S  RM 43.00
SP Bumi 10:00 23:50 7 M T W T F S S  RM 43.80
Transnasional 09:45 21:30 3 M T W T F S S  RM 43.00
Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
Tambang Paling MurahRM 33.80
Jarak459 km
Anggaran Masa6 hrs 17 min
Bil. Pengusaha Bas13 operators

Pengusaha Bas Popular dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu

Panduan Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu

Bas dari KL ke Kuala Terengganu

Bas dari KL ke Kuala Terengganu adalah salah satu laluan yang terkenal kerana Kuala Terengganu ialah pintu masuk untuk ke tempat peranginan terkenal iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Selain itu, bas dari KL ke Kuala Terengganu juga adalah pengangkutan yang digemari oleh warga tempatan yang perlu melakukan perjalanan di antara dua negeri tersebut.

Ketika tiba di terminal bas utama Kuala Terengganu, MBKT (Majlis Perbandaran Kuala Terengganu), pengembara dan pelancong dengan mudah dapat mengambil teksi ke jeti yang menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Sila maklum bahawa Jeti Shahbandar menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Redang, sementara Jeti Kuala Besut menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Perhentian.

Pengendali Bas, Tempoh, Harga dan Perhentian

Adik Beradik, Darul Iman Express dan Sani Express adalah beberapa jenama terkenal yang menyediakan bas dari KL ke Kuala Terengganu. Bas-bas ini adalah bas kegemaran ramai penumpang kerana kekerapan jadual dan ketepatan masa mereka. Antara bas yang lain yang menawarkan perkhidmatan bas yang berkualiti adalah Kesatuan Express yang menyediakan perjalanan harian dari KL ke Kuala Terengganu. Tambang bas untuk bas dari KL ke Kuala Terengganu adalah dalam RM 33.80 hingga RM 45.00.

Tempat pelepasan untuk bas yang pergi ke Kuala Terengganu di Kuala Lumpur ialah di TBS, Terminal Bersepadu Selatan. TBS berada di selatan pusat bandar. LRT terdekat ialah stesen LRT Bandar Tasik Selatan di Ampang Line. Selain LRT, penumpang juga boleh ke TBS dengan mudah melalui perkhidmatan kereta api KTM, bas RapidKL dan KLIA Transit. Tempat ketibaan di Kuala Terengganu adalah di Terminal Bas Kuala Terengganu, juga dikenali sebagai MBKT.

Perkhidmatan bas yang unik dari KL ke Kuala Besut

Di pasaran, Sani Express, Queen Express dan Perdana Express adalah antara penyedia perkhidmatan yang menawarkan bas dari KL ke Kuala Besut setiap hari. Perjalanan pertama bermula jam 9:30 pagi dan bas terakhir bertolak pada pukul 10:30 malam. Bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Perhentian, anda boleh memilih untuk mengurangkan kos teksi dari terminal bas utama Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut. Terminal Bas Kuala Besut terletak tidak jauh dari jeti. Anda boleh berjalan kaki selama 10 minit ke jeti atau menaiki teksi dengan kos yang lebih jimat untuk memudahkan pergerakan.

Tempahan Tiket Online untuk Bas KL ke Kuala Terengganu

Tempahan secara online untuk bas dari KL ke Kuala Terengganu di laman web BusOnlineTicket.com yang mempunyai reputasi yang baik adalah mudah dan senang. Dengan menempah tiket bas dari KL ke Kuala Terengganu di BusOnlineTicket.com, anda tidak perlu bersusah payah membeli tiket di terminal bas, terutamanya di Kuala Lumpur di mana trafiknya sesak dan yuran tempat meletak kenderaan adalah mahal. Untuk pengguna yang tidak memiliki kad kredit, BusOnlineTicket.com menawarkan pelbagai kaedah pembayaran lain seperti perbankan online, eWallet, Alipay dan banyak lagi, yang memberikan kemudahan kepada semua penumpang.