LA Holidays Menawarkan Perkhidmatan Bas Baru dari KL ke Mersing
LA Holidays terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dengan perkhidmatan bas mereka yang berkualiti dan selesa. Sesiapa yang mencuba bas mereka kebanyakan berpuas hati dan menjadi pelanggan setia mereka! Kini, mereka telah membuka perkhidmatan baru untuk membantu anda melakukan perjalanan antara KL dan Mersing dengan mudah. Tiket LA Holidays untuk bas dari KL ke Jeti Mersing dan perjalanan pulang ke KL tersedia untuk tempahan dalam online di BusOnlineTicket.com.
Perkhidmatan bas baru yang ditawarkan oleh LA Holidays:
Tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Kuala Lumpur adalah di TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Sementara itu, tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Mersing termasuk Terminal Bas Mersing dan Jeti Mersing. Jeti Mersing terletak tidak jauh dari terminal bas. Walaupun boleh sampai dengan berjalan kaki 10-15 minit, pastinya lebih selesa sekiranya diturunkan terus di jeti bagi yang bercadang untuk menaiki feri ke Pulau Tioman. Itulah sebabnya LA Holidays memasukkan Jeti Mersing sebagai salah satu tempat naik dan turun bas untuk kemudahan penumpang mereka.
Jadi, semak jadual bas dan tempah tiket bas LA Holidays online di laman web dan aplikasi mudah alih BusOnlineTicket.com. Rancang perjalanan anda dan nikmati kemudahan dengan penjimatan tambahan semasa anda menempah dengan kami. Tiket bas LA Holidays juga termasuk dalam senarai BOT GoFlexi di mana anda boleh membatalkan atau menjadualkan semula tiket bas LA Holidays secara dalam talian. Tempah sekarang!