Perkhidmatan bas terbaru Ekspres S&S International di Malaysia

Bas Ekspres S&S International

 
Ekspres S&S International Ekspres S&S International adalah pengendali bas terkenal dalam menyediakan perkhidmatan bas profesional di Malaysia Barat. Bas dilengkapi dengan kerusi selesa bersama simpanan bagasi dan penghawa dingin. Syarikat bas ini menyediakan perkhidmatan bas 2 hala kepada pelanggan-pelanggan untuk destinasi:
 
– Mersing
– Kuala Lumpur
– Melaka
– Johor Bahru
– Batu Pahat
– Kluang
– Segamat dan banyak lagi.

Mersing ialah destinasi paling popular yang disediakan oleh Ekspres S&S Internationa kerana Mersing ialah pintu masuk ke Pulau Tioman. Bas dari Johor Bahru ke Mersing memberi kemudahan kepada warga Singapura kerana ia adalah pengangkutan termurah untuk pergi kePulauTioman. Ekspres S&S International mengambil masa kira-kira 2 jam dari Johor Bahru ke Mersing dan operasi bas adalah pada 08:00 pagi, 11:45 pagi, 02:30 petang dan 05:45 petang. Tempat berlepas dari Johor Bahru adalah Terminal Bas Larkin dan tempat ketibaan adalah Terminal Bas Mersing. Tambang bas adalah berpatutan iaitu pada RM12.70 seorang bagi setiap perjalanan.

Lihat selanjutnya untuk meneroka lebih banyak laluan bas yang ditawarkan oleh Ekspres S&S International hari ini dan dapatkan tiket bas daripada kami sekarang!