Kemaskini Tempahan

Tempahan

Bolehkah saya memeriksa sejarah tempahan saya selepas saya telah membuat tempahan?

Ya. Jika anda tidak mempunyai akaun ahli, anda boleh melawat halaman Periksa Tempahan Saya. Jika anda mempunyai akaun ahli, anda boleh log masuk sebagai ahli berdaftar untuk memeriksa tempahan anda.

Bagaimana untuk memeriksa tempahan saya yang berjaya?

Sebaik sahaja tempahan anda berjaya, anda boleh memeriksa tempahan anda di halaman Periksa Tempahan Saya. Jika anda mempunyai akaun ahli, maka anda boleh memeriksa sejarah tempahan anda di kawasan ahli – Sejarah.

Bolehkah saya mengubah tempahan saya?

Anda boleh menghantar e-mel kepada sales@busonlineticket.com untuk meminta perubahan tempahan. Permintaan untuk perubahan mesti dihantar bagi kami sekurang-kurangnya 7 hari sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Bolehkah saya membatalkan tempahan saya?

Tidak. Anda tidak dibenarkan tanpa alasan yang munasabah. Walau Bagaimanapun, anda boleh menghubungi kami di sales@busonlineticket.com dan semua permohonan untuk pembatalan akan diserahkan kepada pengurusan untuk kelulusan.

Saya mendapati saya telah membuat tempahan yang sama sebanyak dua kali, akan adakah sebarang pembayaran balik?

Ya, kami akan membuat pembayaran balik kepada anda jika anda membuat tempahan yang sama sebanyak dua kali. Tetapi anda perlu menghantar e-melkan kepada kami butir teperinci mengenai tempahan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh / masa berlepas.

Adakah tiket tempahan saya boleh dipindah milik?

Ya, anda hanya perlu untuk mencetak resit elektronik dan sesiapa yang mempunyai resit elektronik boleh mengambilnya di kaunter.

Saya tidak mempunyai mesin pencetak. Adakah ia satu kemestian untuk mencetak tiket?

Ya. Ia Ianya wajib untuk mencetak pengesahan elektronik tempahan. Untuk syarikat bas, cetakan pengesahan elektronik adalah pilihan selagi anda boleh menyediakan nombor rujukan tempahan. Sila merujuk nota semasa tempahan dan nota di dalam e-mel pengesahan elektronik anda. Anda juga perlu untuk menunjukkan IC anda atau nombor rujukan tempahan untuk mendapatkan pas masuk.

Saya telah kehilangan pengesahan elektronik saya, boleh saya mengambil tiket saya tanpa pengesahan elektronik?

Anda boleh menghantar e-mail kepada kami dan pasukan perkhidmatan pelanggan kami akan mengirimkan pengesahan elektronik melalui e-mel dalam masa 24 jam. Secara alternatifnya, segelintir syarikat bas sahaja, jika anda adalah orang yang membeli tiket, hanya tunjukkan staf kaunter nombor pasport berdaftar anda / telefon / Kad pengenalan. Kaunter akan mengeluarkan tiket kepada anda.

Apa nombor untuk menghubungi kaunter bas ekspres?

Sila rujuk pautan ini.
.

Berapa lama akan pengendali bas membuka jadual akan datang?

Biasanya syarikat bas ekspress akan membuka jadual mereka untuk satu bulan akan datang.

Ahli

Bolehkah saya memohon menjadi ahli?

Ya.

Bagaimana saya boleh mendaftar menjadi ahli?

Sila layari laman utama www.busonlinticket.com dan klik pada “Daftar Di Sini” atau klik di pautan ini.

Di mana untuk log masuk?

Anda boleh log masuk di halaman log masuk.

Bolehkah saya mengedit nombor telefon saya?

Ya, anda boleh mengedit profil ahli selepas log masuk.

Boleh saya menukar kata laluan?

Ya, anda boleh menukar kata laluan di profil ahli.

Saya terlupa kata laluan, bagaimana?

Anda boleh mendapatkan balik kata laluan dengan memasukkan e-mel berdaftar di sini.