Soalan Lazim

General

Saya tidak mempunyai mesin pencetak. Adakah ia satu kemestian untuk mencetak tiket?

Ya. Ianya wajib untuk mencetak pengesahan elektronik tempahan. Untuk sesetengah syarikat bas, cetakan pengesahan elektronik adalah pilihan selagi anda boleh memberi nombor rujukan tempahan. Sila rujuk nota semasa tempahan anda dan nota di dalam e-mel pengesahan elektronik. Anda juga perlu menunjukkan IC anda atau nombor rujukan tempahan untuk mendapatkan pas masuk.

Saya telah kehilangan pengesahan elektronik saya, bolehkah saya mengambil tiket saya tanpa pengesahan elektronik?

Anda boleh menghantar e-mail kepada kami dan pasukan perkhidmatan pelanggan kami akan menghantar pengesahan elektronik anda melalui e-mel dalam masa 24 jam. Selain itu, untuk segelintir syarikat bas SAHAJA, jika anda adalah orang yang membeli tiket, anda hanya perlu menunjukkan nombor passport berdaftar anda / telefon / kad pengenalan kepada staf kaunter. Kaunter akan mengeluarkan tiket kepada anda.

Apakah nombor talian kaunter bas ekspress?

Sila rujuk pautan ini.

Berapa lama pengendali bas membuka jadual akan datang?

Biasanya syarikat bas ekspress akan membuka jadual mereka satu bulan akan datang.

Pembayaran dan Bayaran Balik

Apakah pilihan pembayaran yang anda terima?

Untuk Singapura Dolar transaksi, kami menerima:
1. Kad Kredit
2. eNETS (DBS, UOB, Perbank Internet OCBC di Singapura)
3. Paypal
4. SingPost (Baru!) (Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut)

Untuk Malaysia Ringgit transaksi, kami menerima:
1. KadKredit
2. Maybank2U
3. FPX (Kebanyakan bank Malaysia termasuk Alliance, Hong Leong, RHB, CIMB Bank, AM Bank dan lain-lain)
4. Wang Mobile
5. Paypal

Saya tidak mempunyai akaun Paypal, bagaimanakah boleh saya menggunakan kad kredit untuk membuat bayaran dalam Paypal?

Sila klik di sini untuk melihat bagaimana anda boleh membuat pembayaran melalui Paypal menggunakan kad kredit anda.

Adakah pemilik kad kredit, yang mana membeli tiket perlu menjadi salah satu penumpang?

Adakah sebarang cas bayaran transaksi?

Ya, kami cas bayaran transaksi minimum untuk penyelenggaraan dan kos pentadbiran. Yuran secara umumnya seperti berikut (tertakluk pada perubahan tanpa notis awal):

SGD Transaksi Dolar Singapura:
SGD 1.65 atau 5% mana-mana lebih tinggi

SGD SingPost / SAM:
SGD 4.00 setiap transaksi jika anda menempah sekeping tiket
SGD 3.50 setiap transaksi jika anda menempah 2 keping tiket
SGD 3.00 setiap transaksi jika anda menempah 3 keping tiket dan ke atas

SGD Paypal:
SGD 1.50 atau 5% mana-mana lebih tinggi

RM Urusniaga Ringgit Malaysia:
RM 1.65 atau 5% mana-mana lebih tinggi

RM Paypal:
RM 2.00 + 5%

Laman web saya terhenti ketika memproses bayaran, bagaimana saya tahu sama ada pembayaran saya telah berjaya?

Sila hantarkan e-mel kepada kami untuk mengetengahkan isu ini dengan segera, kami akan memeriksa dan bertindak balas dalam 24 jam.

Bagaimanakah saya membayar melalui SingPost?

Anda boleh merujuk pautan ini untuk panduan bagaimana untuk membuat bayaran dalam SingPost.

Bagaimanakah anda akan dibayar balik?

Bayaran balik, jika boleh, kami akan membayar balik kepada kad kredit anda atau Paypal anda. Bayaran balik akan segera diserahkan kepada bank kami. Dari tarikh penyerahan / bayaran balik bank-bank lazimnya mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk proses pembayaran bayaran balik dan pindahan wang ke dalam kad kredit pelanggan atau paypal. Sila maklum, sesetengah bank boleh mengambil masa sehingga 15-30 hari, atau sehingga kitar pembilan berikutnya.

Menguruskan Tempahan

Saya telah membuat pembayaran , tetapi saya tidak mendapat sebarang pengesahan / resit elektronik dari BusOnlineTicket.com

Sila memeriksa junk mail anda untuk pengesahan / resit elektronik. Sekiranya tiada resit elektronik diterima, sila hantar e-mail kepada kami, pasukan perkhidmatan pelanggan kami akan bertindak balas dalam tempoh 24 jam selepas menerima e-mel anda.

Adakah saya perlu mendaftar untu kmembuat tempahan di BusOnlineTicket.com?

BusOnlineTicket.com menawarkan satu kelonggaran yang unik dalam pendaftaran pengguna. Anda tidak dimestikan mendaftar untuk membeli tiket dalam talian. Bagaimanapun ,penumpang yang kerap membeli tiket adalah digalakkan untuk daftar dengan BusOnlineTicket untuk mendapat faedah dari BusOnlineTicket.com seperti mataganjaran BOT Mile dan lain-lain.

Bolehkah saya menukar tarikh / masa perlepasan dalam tempahan saya?

Semua tempahan yang telah disahkan tidak boleh dibatalkan atau diubah. Bagaimanapun, disebabkan perbezaan dasar dari pengendali bas yang lain, anda boleh hantarkan e-mail kepada kami dan membangkitkan permohonan anda sekurang-kurangnya 7 hari sebelum waktu berlepas yg dijadualkan. Sila ambil perhatian bahawa kelulusan permintaan pertukaran itu tertakluk kepada terma dan syarat dari syarikat-syarikat bas masing-masing.

Saya telah mendapati bahawa saya telah membuat dua kali tempahan yang sama, jadi adakah terdapat sebarang bayaran balik?

Ya, kami akan membuat bayaran balik ke pada anda jika anda membuat tempahan sama dua kali. Tetapi anda perlu menghantar e-mel kepada kami mengenai tempahan tersebut dengan terperinci dalam masa 1 jam selepas tempahan dibuat. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Apakah ada tiket untuk kanak-kanak?

Tidak ada tiket untuk kanak-kanak.

Adakah saya perlu membeli tiket untuk anak saya?

Kanak-kanak dibawah 2 tahun tidak memerlukan tiket. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk membeli tiket untuk kanak-kanak tersebut untuk keselamatan.

Adakah tiket saya boleh dipindah milik?

Ya, anda hanya perlu mencetak pengesahan elektronik dan kawan anda boleh mengambil tiket di kaunter dengan pengesahan elektronik tersebut.

Masalah Teknikal

Apakah resolusi terbaik untuk melihat portal anda?

Paparan terbaik untuk BusOnlineTicket.com adalah menggunakan Internet Explorer 9.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768 atau lebih.

Adakah terdapat sebarang mobil portal atau aplikasi?

Ya. Terdapat mobil portal untuk anda melakukan tempahan. Hanya layari portal kami dari telefon pintar anda, dan ia akan menghantar anda kepada mobil portal. Alternatifnya, anda boleh memuat turun aplikasi jika anda menggunakan Apple atau Android.

Untuk pengguna iPhone/iPad, sila klik di sini.

Untuk pengguna Android, sila klik di sini.

Perjalanan dan Visa

Berapa lama perjalanan dari Singapura ke KL menggunakan bas?

Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 hingga 6 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas, ini juga sama untuk perjalanan dari KL ke Singapura. Anda boleh melihat durasi perjalanan lain di sini.

MRT Stesen yang manakah terletak berdekatan to Golden Mile Complex/Keypoint/Textile Centre?

Lavendar MRT dan Nicoll Highway MRT (Circle Line, garisan warna kuning)

Di manakah Kaunter Five Stars Express di KL and bagaimana untuk saya sampai ke sana?

Kaunter Five Stars Express terletak di hadapan Berjaya Times Square di sebelah restoran Papa John.

Adakah terdapat waktu rehat tandas sepanjang perjalanan?

Bas ekspress selalunya akan berhenti 10 minit untuk waktu rehat tandas. Jika terdapat sebarang urusan penting, sila maklumkan kepada pemandu bas.

Adakah saya memerlukan visa untuk melawat Malaysia?

Warganergara Singapura, Thailand dan Malaysia tidak memerlukan visa. Bagaimanapun visa diperlukan untuk warganegara yang lain. Adalah penting untuk memastikan keperluan visa untuk perjalanan kerana anda mungkin dilarang memasuki tanpa visa dan kami tidak bertanggungjawab terhadap kesannya. Membuat visa serta merta di link kedua imigresen tidak dinasihatkan kerana akan mengambil masa lebih 30 minit dan bas tidak dapat menunggu lebih dari 30 minit. Untuk keteranga lanjut, anda boleh melayari portal :

Kementerian Luar Negara
a) Untuk Malaysia, sila klik di sini.

b) Untuk Singapura, sila klik di sini.
Alamat : Ministry of Foreign Affairs, Tanglin, Singapore 248163
Email : mfa@mfa.gov.sg
Tel : (65) 6379 8000
Fax : (65) 6474 7885
MFA One Call Centre : 1-800- 476 8870
(Tol-percuma dari Singapura)

Nota: Maklumat di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa