Bagaimana untuk Menebus BOT Miles dan Dapatkan Diskaun?

Langkah 1 – Aktifkan Akaun Keahlian

Hanya ahli boleh menebus BOT Miles dan anda hanya perlu mengaktifkan akaun anda untuk menjadi ahli tanpa cas tambahan.

Selepas tempahan pertama anda, anda akan menerima e-mel (Membership Activation Email) untuk mengaktifkan akaun anda berserta butiran log masuk untuk akaun anda. Klik pada pautan yang terdapat di e-mel untuk mengaktifkan akaun anda.

Anda akan menerima mesej pengesahan bahawa pengaktifan keahlian anda berjaya.

Langkah 2 – Log Masuk Sebelum Membuat Pembayaran

Buat tempahan seperti biasa. Dalam halaman pembayaran, klik “di sini” untuk log masuk dan masukkan ID Pengguna / E-mel dan kata laluan anda. Kemudian, klik “Log Masuk”.

Langkah 3 – Pilihan Penebusan

Apabila log masuk berjaya, anda akan melihat jumlah BOT Miles anda serta pilihan untuk menebus BOT Miles anda. Selepas memilih jumlah BOT Miles yang anda mahu tebus, klik “Tebus”.

* Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh menggunakan salah satu, sama ada BOT Miles atau Kod Diskaun

Langkah 4 – Diskaun Tambang

Setelah penebusan dibuat, anda boleh melihat jumlah diskaun dalam Ringkasan Pembayaran.

Langkah 5 – Semak Baki BOT Miles

Untuk menyemak baki BOT Miles anda, anda boleh log masuk dan pergi ke Akaun Ahli.