Panduan Pembayaran Melalui PayPal


Setelah anda memilih tempat duduk anda, anda perlu memilih kaedah pembayaran. Sila pilih PayPal seperti dalam gambar dan klik “Teruskan kepada Pembayaran“.


Apabila anda sampai ke halaman PayPal, sila klik pautan “Bayar dengan kad kredit atau kad debit” seperti yang ditunjukkan dalam kotak merah.
*Nota : Jika anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh memilih untuk log masuk melalui akaun PayPal anda untuk membuat pembayaran.


Masukkan butiran peribadi anda, butiran kad kredit dan klik “Bayar“.
Selesai! Anda akan menerima e-mel pengesahan dari kami dan anda sudah boleh bersedia untuk perjalanan anda.
Nota: Di PayPal, terdapat beberapa jenis kad kredit yang diterima, termasuk Visa, Mastercard, American Express dan UnionPay (China)